Boleh Lakar 10 Gol Berdepan Juara 2 Kali ACL, Ini Statistik ‘Gila’ JDT Berdepan ‘Budak-Budak’ Guangzhou FC

JDT Guangzhou ACL 2022 otai lawan 'budak-budak'

Purata umur skuad yang diturunkan Pan Yonghe, pengendali Guangzhou FC ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah 21.5 tahun menyaksikan aksi malam tadi adalah antara yang berpengalaman dan ‘budak-budak’.

Purata umur skuad JDT pula adalah 29.5 tahun. Jauh jarak umur antara kedua-dua pasukan yang bertemu buat kali pertama di pentas AFC Champions League (ACL). Kemenangan yang sudah dapat dijangka sejak awal lagi.

Begitupun, tiada masalah bagi mana-mana pasukan untuk turunkan skuad yang bagaimana, itu adalah hak mereka. Ini sahaja yang mampu disediakan oleh juara dua kali ACL itu sejak dua edisi terakhir saingan ini.

Namun, JDT tidak mengambil mudah aksi ini walaupun tiga mata sudah awal dijangkakan. Sebelum aksi lagi, Benjamin Mora sudah memalu gendang perangnya malah tidak mahu anak buahnya memandang rendah kemampuan ‘budak-budak’ muda China itu kerana mereka memiliki akademi antara yang terbaik di Asia.

JDT berhasil menang lima gol tanpa balas di Stadium Sultan Ibrahim. Hatrik penyerang sensasi Bergson telah menjadi tajuk utama portal dan media dari Malaysia kerana ini hatrik pertama wakil Malaysia di ACL. Beliau juga sedang berada di puncak peledak terbanyak saingan Liga Super 2022 dengan tujuh gol selepas minggu ke-4.

Sebenarnya Harimau Selatan mampu melakar 10 gol dalam perlawanan malam tadi dan jika ia berlaku tentu kisahnya lebih rancak. Berdasarkan statistik dikeluarkan SofaScore, jumlah percubaan yang berjaya dihalang lawan adalah lima – empat daripadanya adalah dalam aksi babak kedua. Mujur ia tidak menerjah gol lawan.

Antara peluang terbaik JDT di babak kedua adalah menerusi sepakan percuma luar kotak penalti oleh Fernando Forestieri di minit ke-59 dan rembatan jarak jauh Nazmi Faiz di minit ke-90 yang cemerlang ditepis He Lipan.

Statistik JDT Guangzhou ACL 2022
FOTO: Sofascore

JDT turut menguasai sepenuhnya perlawanan dengan rekod 82 peratus penguasaan padang. Bintang muda Guangzhou tidak mampu untuk melakar lebih penguasaan bola malah hanya datang dua kali ke gawang yang dikawal Haziq Nadzli – yang menggantikan Farizal Marlias buat kali pertama dalam aksi kompetitif tahun ini.

Tiada sepakan penjuru diraih lawan memberi indikasi, mereka tidak berpeluang menekan defensive third JDT.

Tuan rumah juga tidak memberi Guangzhou membuat lebih daripada 100 hantaran tepat dengan hanya 94 hantaran tepat telah dilakukan sepanjang 90 minit aksi. Ini yang menyebabkan mereka gagal mengawal bola lebih lama. Malah langsung tiada rekod kelecekan yang berjaya oleh anak buah Pan Yonghe malam tadi.

Mesej Pan Yonghe sebelum perlawanan nampaknya hanya gertakan ‘kosong’ daripada pengendali ‘budak-budak’ Guangzhou yang bakal berdepan skuad berpengalaman seperti JDT. Begitupun mentaliti itu tiada salahnya kerana visi mereka adalah untuk melahirkan ‘superstar’ di masa akan datang, bukan pada hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN