Ramai Rumakiek Tak Nampak Batang Hidung Tapi Isu Saddil Ramdani Lebih Hangat, Malaysia Sebabnya?

Ramai Rumakiek Saddil Ramdani Indonesia Sukan SEA

Isu Sabah FC tidak melepaskan Saddil Ramdani hangat sedangkan ada pemain lain masih gagal melaporkan diri bersama skuad B-23 Indonesia termasuklah Ramai Rumakiek yang katanya telah ‘hilang’ tanpa khabar.

Adakah disebabkan Saddil Ramdani beraksi di Malaysia menjadikan ia sensasi? Sedangkan bukan kewajipan pasukan untuk melepaskan pemain jika perlawanan di luar kalendar FIFA. Isu Ramai Rumakiek lebih sensasi sebenarnya apabila barisan kejurulatihan tidak tahu di mana dan mengapa pemain itu tidak melaporkan diri.

Saddil Ramdani sememangnya mahu beraksi bersama skuad Garuda Muda kerana sehingga ke saat ini, beliau belum berpeluang menampilkan aksinya bersama skuad kendalian era Shin Tae-yong sejak Januari 2020.

Di usia 23 tahun, beliau antara pemain muda yang mencuri tumpuan sehingga mampu berkelana ke liga luar dari negara kelahirannya. Begitupun, di era Shin Tae-yong, beliau masih belum mampu menampilkan sesuatu.

Ini kerana setiap kali namanya tersenarai untuk skuad muda, pertandingan adalah di luar kalendar FIFA. Dan untuk skuad senior ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala AFF 2020, beliau telah tercedera.

Isu ini sekali lagi menjadi sensasi sebagaimana ketika saingan Sukan SEA pada 2019. Kali ini, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mahu berjumpa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam usaha memujuk Sabah untuk melepaskan pemain itu. Sabah sehingga ke saat ini masih bertegas dengan isu ini.

Penyokong Indonesia dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan Sabah sebagaimana PSSI menjadikan isu ini hangat. Adakah ia disebabkan isu ini melibatkan Malaysia – seteru yang sentiasa ‘panas’ hubungannya dengan Indonesia. Jika ya, amatlah tidak wajar mereka menjadikan setiap isu sebagai punca untuk bertegang urat.

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1514898354496409601

Mengapa tidak dilempiaskan amarah kepada Ramai Rumakiek yang tidak melapor diri ke kem latihan tanpa memberi sebarang khabar berita? Pemain ini antara pemain yang menyinar di saingan Piala AFF yang lalu.

Memetik laporan awal oleh portal Football5Star, pembantu kepada Shin Tae-yong, Nova Arianto mengakui tidak tahu ke mana pemain berusia 19 tahun itu menghilang. Seorang lagi pemain, Ricky Kambuaya yang juga tidak melaporkan diri telah memaklumkan akan hadir kemudian, sementara Ramai Rumakiek terputus khabar.

“Irfan Jaya hari ini [semalam] sudah bergabung bersama skuad B-23 Indonesia. Sementara, Ricky Kambuaya besok [hari ini] tiba dan akan mula berlatih bersama. Tapi, Ramai Rumakiek saya tak tahu.”

Nova Arianto

Terbaru, dilaporkan BolaSport, akaun media sosial pemain itu juga nampak kian menghilang selepas hampir semua gambar di Instagramnya dihapuskan. Sedangkan sebelum isu ini timbul, beliau terlihat aktif di sana. Beliau juga dilaporkan sudah dilepaskan oleh kelabnya, Persipura Jayapura kira-kira lima hari yang lalu.

Jadi, berhentilah menabur amarah kepada isu yang tak perlu untuk kita bertegang urat. Tiada keperluan untuk Sabah melepaskannya dan FIFA membenarkan tindakan The Rhinos. Bak kata Saddil Ramdani di InstaStory-nya, “Saya bukanlah pemain yang istimewa. Indonesia memiliki ramai lagi pemain berkualiti berbanding saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN