“K. Devan Bukan Sekadar Sahabat, Dia Sifu Saya” – P. Maniam Tak Sabar Uji Negeri Sembilan

Ada sesuatu yang istimewa untuk diperkatakan mengenai aksi pertemuan antara Negeri Sembilan dan Petaling Jaya City pada malam ini dalam saingan kelima Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi membabitkan kedua pengendali iaitu K. Devan dan P. Maniam yang umum diketahui merupakan sahabat baik di luar padang dan pernah bekerjasama dalam satu pasukan pada suatu ketika.

Walaupun kini sudah tidak bersama lagi, kedua pengendali tempatan ini saling menghormati falsafah dan cara kejurulatihan masing-masing selain menghormati kredibiliti antara satu sama lain.

P. Maniam selaku jurulatih PJ City jelas melahirkan rasa teruja untuk pertemuan malam ini kerana sepanjang karier bergelar pengendalj profesional, ini pertama kali beliau bakal menguji kemampuan K. Devan yang dianggap sebagai idola buatnya dalam bidang tersebut di Liga Super.

“Devan bukan sekadar sahabat tetapi dia sebenarnya adalah ‘sifu’ buat saya dalam bidang kejurulatihan, saya amat hormat padanya kerana merupakan salah seorang jurulatih yang sangat berpengalaman.

“Banyak perkara yang telah dipelajari sepanjang bekerja dengannya semasa di PJ City dan Selangor, beliau banyak membantu saya untuk menjadi seorang jurulatih seperti hari ini.

“Ini kali pertama saya akan berdepan dengan Devan selepas beliau bersama Negeri Sembilan pada musim lalu, jadi sudah tentu akan menjadi aksi yang sangat menarik.

“Sudah tentu Devan telah melakukan kerja rumah yang sedalam-dalamnya tentang kekuatan kami menjelang aksi dengan kami dan saya tidak boleh mengambil mudah,” katanya menerusi laman rasmi MFL.

Untuk rekod terdahulu, Maniam pernah menjadi pembantu jurulatih buat Devan sewaktu mereka mengendalikan Selangor pada tahun 2009 hingga 2011 sebelum sekali lagi berada di bawah satu pasukan ketika menguruskan PJ City pada tahun 2020.

Sewaktu bersama mengendalikan Selangor, kedua jurulatih ini berjaya memenangi Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 2009 selain Liga Super, tahun berikutnya.

Dalam masa sama, Devan sendiri tidak memandang mudah cabaran PJ City dan menghormati kemampuan pasukan tersebut dan bakal memberi sepenuhnya seperti mana mereka berhadapan pasukan lain.

Pada pendapat Devan, beliau tidak melihat aksi malam ini sebagai suatu kelebihan buat dirinya kerana pernah bersama skuad PJ City sebelum itu dan mengenali sebahagian besar para pemain.

“Saya akan melayani PJ City sepertimana pasukan-pasukan lain dan kami akan bermain mengikut cara bola sepak yang diamalkan mereka.

“Semua orang tahu bagaimana PJ City bermain, mereka mengamalkan corak intensiti yang tinggi dan kredit harus diberikan kepada P. Maniam walaupun hanya menggunakan pemain tempatan 100 peratus.

“Namun, bermain di laman sendiri, kami mahu memungut tiga mata penuh serta melebarkan lagi pungutan mata untuk musim ini,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN