Buffon Tinggalkan Juventus Kerana Enggan Jadi Beban Kelab

Sebaik sahaja Buffon diumumkan sebagai pemain baru PSG, wartawan terus bertanya sama ada legenda itu mahu bertemu Juventus dalam final UCL? Buffon pantas menjawab:

“Saya harap tidak berlaku. Hidup ini pelik dan penuh kejutan. Namun saya harap perlawanan itu (PSG v Juve) tidak sesekali berlaku.”

“Nanti ada kesedihan pada saya sama ada menang ataupun ketika kalah. Kalau di peringkat kumpulan ok, tetapi dalam final saya tak nak ia berlaku.”

Beliau jelas kalau boleh enggan menentang pasukan yang telah menjadi darahnya. Beliau juga menyatakan yang dia tidak begitu ambil pusing akan berita Ronaldo ke Juventus.

“Berita Ronaldo ke Juventus saya tak peduli. Yang saya peduli adalah berita 2 gol dia jaringkan ke atas saya dahulu.”

Buffon memberitahu yang Juventus masih mahukan beliau kekal. Namun Buffon merasakan jalan terbaik untuk beliau adalah pergi ke luar. Ini kerana, jika beliau kekal, Buffon enggan menjadi beban kepada kelab.

Soccer Football – Paris St Germain Introduce New Goalkeeper Gianluigi Buffon – Parc des Princes, Paris, France – July 9, 2018 New Paris St Germain goalkeeper Gianluigi Buffon poses with the club scarf REUTERS/Gonzalo Fuentes

Salah satu daripada beban yang dimaksudkan adalah, jurulatih mungkin tertekan untuk meletakkan beliau di bangku simpanan. Ia boleh mengundang kecaman daripada beberapa pihak dan segelintir penyokong.

Pada masa yang sama, ia tidak akan membantu kelab menggilap penjaga gol muda yang berbakat dengan lebih pro aktif.

“Presiden Juventus, Agnelli nak saya kekal setahun dua lagi. Namun saya rasa cukuplah. Karier saya sudah 17 tahun, saya sangat sayang dan bangga dengan kelab itu.”

“Sebab itu saya memilih untuk meninggalkan mereka. Hidup ini penuh kejutan dan itulah yang berlaku kepada saya.”

“Saya enggan menjadi beban kepada sesiapa, ia langkah yang betul untuk pergi. Ini kerana pemain-pemain muda perlu menunjukkan kualiti mereka.”

“Saya berpandangan yang saya mengambil langkah terbaik untuk memberikan peluang kepada pemain muda. Rasanya jurulaltih pun setuju.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN