Rusia 2018: Kemaskini Segera Pasukan Fantasi Anda!

Jangan terlupa bahawa peluang pertukaran pemain fantasi Piala Dunia 2018 sudah dibuka! Ya, ini melibatkan permainan ‘fantasy football’ di laman rasmi FIFA.

Sebenarnya sejak pusingan kalah mati, bajet diberikan kepada peserta ialah 105 juta Euro. Tetapi, semasa peringkat kumpulan, bajet diberikan hanyalah 100 juta Euro.

Belanja sakan!

Penganjur telah memberikan 5 perpindahan percuma untuk para peserta. Kami sarankan anda untuk memanfaatkan baik-baik.

Sekiranya perpindahan percuma anda telah habis digunakan, anda boleh menggunakan Wildcard bagi mengelakkan mata dipotong. Masih berbaloi untuk analisis dan membuat pelaburan.

Menariknya, anda dibenarkan mempunyai 6 pemain daripada satu pasukan yang layak ke separuh akhir. Tetapi jika pada perlawanan akhir pula, had itu dinaikkan kepada 8 pemain.

Menyeronokkan?

Belgium

Belgium menyaksikan penyerangnya, Romelu Lukaku meraih 26 mata semasa kempen Piala Dunia 2018 berlangsung. Beliau bernilai kira-kira 10 juta Euro.

Eden Hazard hanya kurang 2 mata di belakangnya, tetapi nilai pemain Chelsea itu ialah 10.1 juta Euro. Bagi pemain tengah, Kevin de Bruyne pula mencatatkan 16 mata dengan nilai 9.8 juta Euro.

Walaupun berharga 5.9 juta Euro, Jan Vertonghen telah mempunyai 15 mata. Thibaut Courtois pula mengutip 21 mata dan bernilai 6 juta Euro.

Perancis

Antoine Griezmann (Photo by Mustafa Yalcin/Anadolu Agency/Getty Images)

Mereka akan menentang Belgium dalam separuh akhir. 27 mata telah diperolehi Antoine Griezmann dan menjadikan beliau penyerang Perancis paling bernilai dengan harga 10 juta Euro.

N’Golo Kante mempunyai 13 mata meskipun nilainya murah daripada Paul Pogba. Bekas pemain Leicester itu bernilai cuma 6 juta Euro. Paul Pogba cuma berharga 8.8 juta Euro, malah pungutan mata agak ketinggalan daripada N’Golo Kante.

Raphael Varane boleh berbangga dengan 27 mata walaupun bernilai hanya 6 juta Euro! Bagi penjaga gol, nilai Hugo Lloris ialah 5.9 juta Euro. Pungutan mata diraih iaitu 16 juta.

Croatia

Mario Mandzukic (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Ada yang berani melabur pemain dari Croatia? Danijel Subasic yang menjadi penjaga gawang cumalah berharga 5.5 juta Euro dan mengutip 17 mata.

Bagi pertahanan Croatia, semua harga seorang pemain bawah 6 juta Euro, berbaloi untuk dilaburkan. Domagoj Vida cuma berharga 5.5 juta Euro dan rekodnya mempunyai 20 mata.

Dilaporkan 49% peserta permainan ini memilih Luka Modric. Masakan tidak, dengan nilai 9.1 juta Euro dan mempunyai 24 mata ia telah mendorong ramai membawa masuk beliau.

Mario Mandzukic menjadi penyerang Croatia mempunyai banyak mata setakat ini. Walaupun bernilai 8.9 juta Euro, beliau mempunyai 16 mata.

Tiga Singa

Jordan Pickford yang diberi tanggungjawab menjaga gol dan memiliki 17 mata. Kos membawa masuk? Cuma bernilai 5.5 juta Euro sahaja.

John Stones telah mengumpul 25 mata untuk kejohanan di Rusia ini. Beliau berbaloi dibawa masuk dengan nilai hanyalah 5.9 juta Euro. Harga Harry Maguire? 4.9 juta Euro sahaja.

Jesse Lingard (kanan) (Photo by Sefa Karacan/Anadolu Agency/Getty Images)

Jesse Lingard menguasai carta mata pemain tengah terbaik England. Beliau memiliki 19 mata walaupun bernilai 7.5 juta Euro.

46.2% peserta permainan maya ini telah memilih Harry Kane. Harry Kane masih kekal menguasai takhta pemain paling banyak mata secara keseluruhan dalam pertandingan ini.

Penyerang Tottenham Hotspur telah memiliki 36 mata. Nilai pelaburan beliau ialah 11.2 juta Euro.

Penutup

Segera-segerakanlah untuk anda membuat pelaburan. Janji anda jangan lupa kata laluan anda.

Paling penting, jangan ambil pemain daripada skuad yang telah tersingkir di Piala Dunia ini. Contohnya, Portugal, Argentina dan Sepanyol!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN