Quantcast

ADVERTORIAL

7 Cara Untuk Kenal Pasti Jenis-Jenis Penyokong Bola Berdasarkan Cheers Mereka

Dunia penyokong bola boleh diumpamakan macam hutan. Kepada mata-mata dan telinga-telinga yang tak terlatih, mereka akan nampak dan dengar macam semua penyokong bola ini satu spesies. Semua nampak dan dengar macam sama saja.

Tapi kalau korang betul-betul dah lama tengok bola macam kitorang, korang akan perasan banyak benda-benda unik dalam dunia penyokong bola ini. Masing-masing ada rupa masing-masing. Masing-masing ada bunyi masing-masing.

Jadi kalau korang tak dapat cam jenis-jenis penyokong bola masa korang masa tengok bola tu, kitorang nak ajar korang macam mana nak kenal pasti 7 jenis penyokong bola berdasarkan cheers yang dorang guna masa tengok bola hahaha.

1. Jenis penyokong hardcore

Penyokong hardcore adalah penyokong bola yang fanatik dan setia kat sebuah pasukan saja. Pada hari perlawanan, dorang biasanya akan pakai jersi pasukan yang disokong berserta dengan nameset nama pemain sebenar. Hanya beli barangan ori pasukan yang disokong dan boleh membezakan kualiti jersi ori dengan jersi Padang Besar sekali pandang.

Macam mana nak kenal melalui cheer: Ketika menang, dorang akan cheer macam nak gaduh. Dorang akan jerit macam cavemen, tolak bahu dan buat chestbump dengan orang sebelah – padahal dorang tak kenal pun orang sebelah! Amaran: jangan cuba pujuk dorang kalau pasukan dorang kalah.

2. Jenis penyokong troll

Penyokong troll adalah penyokong bola yang mendapat hiburan daripada kerja trolling. Sasaran utama dorang adalah golongan penyokong #1 kerana dorang senang kena bahan. Penyokong troll biasanya bermula sebagai penyokong #4. Gemar retweet tweet dari @trollfootball.

Contoh 27,000 penyokong troll melakukan kerja mereka. Foto: Twitter

Macam mana nak kenal melalui cheer: Gemar cheer depan-depan penyokong #1 sambil ketawa tak ingat dunia. Hanya boleh dilihat dengan mata kasar apabila ada geng.

3. Jenis football geek

Football geek adalah penyokong bola yang suka tengok perlawanan kerana nak tengok taktikal pasukan dan tertarik dengan latar belakang sejarah antara dua pasukan yang lawan. Biasanya sukar dikenal pasti melalui mata kasar kerana jarang-jarang memakai jersi pasukan. Mempunyai buku Inverting The Pyramid dan The Mixer dalam koleksi buku mereka.

Macam mana nak kenal melalui cheer: Berbanding penyokong jenis lain, football geek lebih bersederhana ketika cheer – sekadar tepuk tangan dan senyum ketika gol. Lebih gemar memerhatikan gelagat penyokong #1 dan #2 bergaduh.

4. Jenis penyokong EPL

Penyokong EPL adalah penyokong bola yang hanya menonton perlawanan yang mempunyai pemain atau bekas pemain pasukan English Premier League yang disokongnya. Fanatik dengan bola sepak seperti penyokong #1 tetapi paling kamceng dengan penyokong #2. Biasanya menyokong Manchester United.

Macam mana nak kenal melalui cheer: Hanya akan cheer untuk pasukan yang mempunyai pemain/bekas pemain kelab EPL yang disokongnya. Suka ‘bahan’ pasukan yang mempunyai pemain Liverpool dan Arsenal.

5. Jenis penyokong lalang

Penyokong lalang adalah penyokong bola yang hanya menyokong pasukan yang menang. Macam lalang yang berubah arah apabila ditiup angin, dorang akan tukar-tukar pasukan sokongan dorang ikut prestasi semasa pasukan tersebut. Biasanya kamceng dengan penyokong #2 dan #7. Tak digemari oleh penyokong #6.

Macam mana nak kenal melalui cheer: Pada awal perlawanan, dorang akan cheer untuk pasukan favourite. Kalau pasukan favourite itu macam nak kalah, dorang akan cheer untuk pasukan lain pula. Gaya cheer mereka tak se-intense penyokong #1 dan #2.

6. Jenis penyokong underdog

Penyokong underdog adalah penyokong bola paling hipster antara semua penyokong bola. Dorang hanya akan menyokong pasukan underdog. Lagi korang tak pernah dengar nama pasukan tu, lagi mereka sokong. Dorang biasanya chill dengan penyokong bola yang berlainan jenis, tapi langsung tak boleh ‘masuk’ dengan penyokong #5.

Macam mana nak kenal melalui cheer: Dorang paling senang untuk dikenalpasti kerana hanya akan cheer untuk pasukan underdog. Selalunya dorang akan pura-pura tengok smartphone bila pasukan mereka kalah.

7. Jenis kaki fantasy team

Kaki fantasy team adalah satu-satunya penyokong bola yang tidak menyokong mana-mana pasukan. Sebaliknya dorang akan sokong pasukan yang mempunyai pemain-pemain fantasy team dorang. Fanatik dan minat bola seperti penyokong #1 dan #4, tetapi kefanatikan dorang ini lebih tertumpu kepada pemain-pemain tertentu – bukannya pasukan.

Macam mana nak kenal melalui cheer: Sebelum perlawanan bermula, dorang akan bagitahu pemain mana yang dorang harap-harap akan score. Semasa perlawanan, dorang akan cheer dan maki pemain-pemain fantasy dorang. Selepas perlawanan, dorang akan sibuk check mata fantasy team dorang melalui smartphone.

Rekod cheers korang untuk menang percutian ke Sepanyol, Jerman atau England!

Betul tu! Digi Postpaid yang tanpa sempadan, nak bagi korang trip percutian ke bandar-bandar ikonik Sepanyol, Jerman atau England!

Tak kiralah korang penyokong hardcore, lalang atau troll, korang hanya perlu rekod video cheer terbaik korang dengan menggunakan Digi AR Filter setiap kali gol semasa musim Piala Dunia.

Langkah-langkah yang korang perlu ikut adalah seperti berikut:

Pastikan korang jangan lupa:

1. Klik pautan ini untuk akses Facebook Camera Effect Digi (hanya untuk paparan mobile).
2. Muat naik video cheer anda dengan efek kamera Rah Rah di profil Facebook korang.
3. Pastikan profil korang set ‘Public’.
4. Tag @Digi kat caption atau komen dan gunakan hashtag #RahRahInternet

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!