Pemain tengah Botafogo FC, Bruno Nazario tidak terkecuali daripada turut tergolong dalam senarai pemain-pemain yang dikatakan berminat untuk menyarung jersi skuad negara selepas beliau dikatakan mempunyai pertalian darah Malaysia.
Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar mengenai beberapa pemain yang mempunyai darah Malaysia atau lebih dikenali sebagai pemain warisan dikatakan berminat untuk menyarung jersi skuad Malaysia.
Seperti yang dilaporkan Astro Arena, Bruno bersama pemain-pemain warisan seperti Marcel Kolanda, Samuel Bone, Harry Edge, Dion Cools dan Kobe Chong menyatakan minat untuk memperkuatkan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu.
Bagaimanapun terdapat bayangan menurut satu ‘thread’ di laman Twitter milik Marco Negeri, bahawa pemain tengah berusia 25 tahun itu tidak mempunyai sebarang pertalian darah atau susur galur yang berkaitan dengan Malaysia.
Menurut Marco Negeri, wawancara Botafogo TV bersama pemain tersebut juga turut ada bertanyakan tentang persoalan adakah beliau akan menyarung jersi Malaysia.
Wah ramainya pemain warisan yang berminat ke Malaysia? apa petandanya ini? pic.twitter.com/ukVM4GDY2N
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 7, 2020
Persoalan yang turut bermain di minda para peminat bola sepak tanah air terutamanya bagi segelintir yang ‘menyerang’ laman media sosial pemain tersebut.
Namun, jawapan Bruno Nazario dilihat tidak begitu meyakinkan dan berikut adalah respon yang diberikan:
”Tentang Malaysia, benar, saya melihat dan membaca mesej-mesej tersebut tetapi fokus saya hari ini adalah terhadap Botafogo.”
”Saya menerima mesej-mesej dari Malaysia pada setiap hari, tetapi buat masa ini, tumpuan saya kekal buat Botafogo sahaja,” ujar Bruno Nazario.
Menurut ‘thread’ itu juga, semakan terhadap keluarga serta kenalan rapatnya di Brazil juga menafikan bahawa pemain itu mempunyai sebarang pertalian darah dengan Malaysia dan mereka turut musykil Bruno dikaitkan dengan Malaysia.