Pemain midfield Manchester United, Bruno Fernandes merasakan yang skuad Red Devils berhak untuk menang dalam perlawanan bertemu Aston Villa, berdasarkan kepada persembahan yang mereka persembahkan.
Man Utd hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 bertemu Aston Villa di Villa Park awal pagi tadi, dengan kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Fernandes berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini, untuk membantu Man Utd mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.
Bruno Fernandes has now scored as many Premier League goals for Manchester United as Roy Keane (33). 🤝 pic.twitter.com/OVzanBVZTq
— William Hill (@WilliamHill) January 15, 2022
Walau bagaimanapun, selepas Aston Villa memasukkan penandatanganan terbaru mereka, Philippe Coutinho yang bergandingan dengan bintang muda, Jacob Ramsey mereka berjaya untuk kembali mendominasi permainan.
Kedua-dua mereka menjadi wira Aston Villa selepas masing-masing menjaringkan satu gol dan mencatatkan satu assists untuk mengikat Man Utd 2-2.
Coutinho memainkan peranan penting dalam membantu Jacob Ramsey menjaringkan gol dengan bintang England itu juga turut memainkan peranan penting ketika bintang Brazil itu meledak gol penyamaan.
Hal ini secara tak langsung telah membuktikan yang Steven Gerrard sangat bijak dalam menguruskan pertukaran pemain, dan keputusan beliau juga membuahkan hasil.
Very frustrating to drop points after a good performance.
Away fans were fantastic as always 👏🏼 pic.twitter.com/v32sTw53tP— Bruno Fernandes (@B_Fernandes8) January 15, 2022
Bercakap selepas tamat perlawanan, Fernandes mendedahkan yang beliau kecewa kerana Manchester United gagal menamatkan perlawanan dengan mencari gol ketiga.
“Saya rasa kami akan mendapat keputusan yang sempurna jika berada di kedudukan terbaik untuk menjaringkan lebih banyak gol. Dapatkan gol ketiga dan tamatkan permainan. Tapi pada akhirnya kami gagal memperolehi serangan pantas atau hantaran akhir.”
“Mereka ada kualiti untuk menjaringkan gol, mereka lakukan itu dan kami sekadar seri. Saya tak gembira, saya langsung tak gembira.”
Pemain kebangsaan Portugal itu kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan bahawa:
“Kami dapat kesempatan kami dan masih boleh menjaringkan gol. Percubaan kami tidak begitu bagus, hantaran tidak begitu bagus. Mereka mula dapat lebih banyak hantaran di kawasan sayap.”
Since making his Man Utd debut, only Mo Salah (45) and Harry Kane (34) have scored more #PL goals than Bruno Fernandes (33) 🔥
Only James Ward-Prowse (7) has scored more goals from outside the box in the #PL during this period than the Portuguese (6) 🎯#AVLMUN pic.twitter.com/KsbckIlHnp
— Premier League (@premierleague) January 15, 2022
Fernandes turut memberikan pujian kepada persembahan skuad Red Devils dan beliau percaya mereka tak bernasib baik untuk dapatkan keputusan yang lebih bagus.
“Saya rasa dari segi persembahan kami lebih bagus berbanding keputusan, itu sudah tentu. Berkemungkinan lebih mendominasi. Kami kawal permainan dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Kami berhak dapatkan lebih baik. Tapi, permainan ini bukan tentang berhak atau tidak, ia tentang mata.”
“Malang untuk kami. Masih banyak perlu diperbaiki walau persembahan sudah sangat bagus. Saya tak gembira langsung dengan keputusan.”
“Saya lebih mahukan kemenangan.”
Bruno Fernandes: "I am not happy at all, everyone is happy to score goals, but I prefer to win the game. I prefer to take away my two goals and let someone else score and win the game — today my two goals make no sense because we only got one point and not three." #mulive [sky]
— utdreport (@utdreport) January 15, 2022
Bruno Fernandes tak teruja jaringkan dua gol
Bruno Fernandes tak teruja walau beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini, kerana beliau mahu tiga mata penuh.
Fernandes tidak dinafikan lagi sememangnya pemain terbaik Manchester United dalam perlawanan tersebut dan beliau juga tak henti-henti mengasak kubu lawan dan senantiasa memberi masalah kepada barisan pertahanan Aston Villa.
Emiliano Martinez melakukan kesilapan mudah yang membenarkan Bruno Fernandes untuk mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.
Beliau sekali lagi dihukum oleh bintang Portugal itu pada aksi babak kedua permainan, dengan Bruno Fernandes melepaskan rembatan padu dari dalam kotak untuk merobek gawang gol Villa.
🗣 "I'm not happy at all, everyone is happy to score goals but I prefer to win the game."
Bruno Fernandes says he would rather swap his goals for three points pic.twitter.com/V0PWWyCJla
— Football Daily (@footballdaily) January 15, 2022
Walau bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu tak teruja dengan dua gol yang berjaya beliau jaringkan dengan beliau lebih memilih untuk mendapatkan tiga mata berbanding gol tersebut.
“Semua orang gembira dapat menjaringkan gol, tapi saya lebih memilih mahu menang. Saya lebih memilih buang gol saya dan kami menang. Hari ini, dua gol jaringan saya tak memberi apa-apa makna, kerana kami hanya pulang dengan satu mata, sedangkan kami mahu tiga mata.”
Keputusan seri ini bermaksud Manchester United akan terus kekal berada di kedudukan ketujuh dalam carta saingan Premier League, dan mereka sepatutnya boleh naik ke kedudukan keenam seandainya menang dalam perlawanan bertemu Villa ini.
Manchester United midfielder Bruno Fernandes feels his side deserved a better result after their performance against Aston Villa. https://t.co/TBOrAVoLLF
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) January 16, 2022
Keciciran mata telah menyebabkan Man Utd semakin tercicir dari perebutan kedudukan empat teratas dalam saingan Premier League.