Kenali 8 Pasukan Pilihan Yang Mungkin Dihadapi Kedah Pada Perlawanan AFC 2022

Kedah bakal menghadapi saingan di pentas AFC pada musim ini setelah pada tahun lalu pasukan ini gagal untuk beraksi kerana dibatalkan apabila tuan rumah, Singapura menarik diri ekoran wabak Covid-19.

Umum diketahui ramai peminat, pasukan Hijau Kuning ini tidak lagi asing di pentas tersebut apabila pernah melangkah sehingga ke pusingan 16 terbaik sebelum tewas di tangan pasukan Becamex Binh Duong yang mewakili Vietnam dengan keputusan 2-8 tanpa pemain import yang diharamkan FAM ketika itu.

Undian rasmi bagi saingan AFC 2022 akan bermula pada hari esok pada jam empat petang dimana membabitkan 11 pasukan yang berkemungkinan akan menjadi lawan Kedah dalam kumpulan yang sama.

Saudara Don K-Rul IZham menyenaraikan lapan daripada 11 pasukan yang perlu diberi tumpuan Kedah menjelang AFC yang akan bermula nanti.

Kaya FC Iloilo

Pasukan ini mungkin akan menjadi lawan terkuat dalam saingan AFC 2022 apabila bermula nanti. Hadir dengan status naib juara Phillippines Football League pada tahun 2020, pasukan ini telah berjaya melangkah pergi ke pentas lagi tinggi iaitu Asia Champions League pada musim 2021.

Mereka melayakkan ke diri ke pusingan play off setelah menewaskan kelab gergasi dari China, Shanghai Port. Ketika itu, pasukan lawan mereka diwakili beberapa bintang Eropah seperti Oscar dan Hulk. Dijangka pasukan ini bakal memberi cabaran besar buat mana-mana lawan dalam pentas AFC musim ini.

Viettel City

Penulis meletakkan pasukan ini sebagai paling pantas corak permainan mereka berbanding lawan lain daalam saingan AFC 2022 kali ini. Viettel City merupakan kelab yang berpangkalan di Vietnam dan merupakan penyandang juara V-League padaa musim 20220.

Pasukan ini dikatakan memiliki corak permainan pantas kerana mempunyai lebih kurang Sembilan pemain kebangsaan Vietnam yang kita akui memiliki corak permainan pantas. Antara pemain kebangsaan mereka termasuklah pertahanan kental, Que Ngoc Hai.

Shan United

Satu lagi pasukan yang wajar ddiberi perhatian kerana Shan United mempunyai barisan pemain dan permainan yang berkelas ACL.

Pada asalnya, pasukan tersebut layak ke peringkat kelayakan untuk bertemu Melbourne City FC namun perlawanan berkenaan telah dibatalkan.

Shan United merupakan pasukan juara dua musim berturut-turut di Myanmar. Pasukan ini juga diperkuatkan dengan enam pemain kebangsaan yang mampu memberi ancaman berbahaya buat mana-mana lawan.

Hougang United

Pasukan yang beraksi di Singpura ini antara yang konsisten meraih tiket ke perlawanan AFC sejak beberapa musim ini terakhir ini. Pasukan ini juga antara penyumbang terbesar pemain mereka yang beraksi mewakili negara serta merupakan naib juara S-League.

Tampines Rovers

Satu lagi pasukan yang mewakili Singapura serta lebih dikenali dek kerana sudah lama konsisten dalam pentas AFC.

Pasukan ini telah beraksi sebanyak 13 kali dalam saingan AFC serta mempunyai rekod kejuaraan yang tinggi di Singapura.

Bali United

Pasukan dari Indonesia ini antara yang perlu diberi perhatian kebanyakan pasukan kerana mempunyai rekod yang amat bagus di Liga 1 Indonesia kerana mempunyai ramai pemain bagus dan berbakat seperti Ilija Spasojevic serta penjaga gol kebangsaan, Nadeo Argawinata.

Phnom Penh Crown

Pasukan yang boleh dikatakan sangat berjaya di Kemboja setelah mengumpul Sembilan kejuaraan liga walaupun diasaskan pada musim 2009.

Kelab ini juga pernah bertemu Kedah pada tahun 2020 dalam satu perlawanan pra musim yang membabitkan juga beberapa pasukan lain dalam saingan Smart RSN 2020. Dalam aksi tersebut, Kedah berjaya menewaskan gergasi dari Kemboja ini.

Kuala Lumpur City

Pasukan ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pemenang Piala Malaysia edisi ke-100 ini hadir dengan barisan pemain yang serba lengkap di setiap posisi serta mempunyai jurulatih Bojan Hodak yang diakui sangat cemerlang sepanjang bersama pasukan.

Kuala Lumpur City juga mencatat rekod mengkagumkan dengan tidak tewas langsung di gelanggang sendiri dalam apa-apa jua saingan domestik pada musim 2021.

Rumusan

Rumusannya, Kedah bakal berdepan dengan beberapa lagi lawan yang tidak disebut tetapi masih boleh memberi kejutan jika persediaan tidak dijalankan dengan rapi.

Aidil Sharin pastinya sudah mengkaji semua lawan yang berkemungkinan akan dihadapi anak buah beliau dan akan menyediakan pelan taktikal terbaik untuk menaikkan nama Kedah ke pusingan lebih jauh.

Rangkaian pemain yang dibawa masuk beliau pada musim ini juga menyatakaan bahawa Kedah ingin mencabar sesuatu dalam pentas AFC kali ini seperti Syafiq Ahmad, Dechi Marcel, termasuk mengikat terus pertahanan kental, Rodney Calvin.

Menjadi sedikit persoalan apabila Kedah masih belum memulakan sebarang perlawanan latihan atau pra musim untuk mencari keserasian awal. Walaupun focus kepada AFC, mereka juga perlu sedar saingan dalam liga tempatan juga amat penting kerana pasukan ini membawa status selaku naib juara bagi Liga Super 2021.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN