Pemain midfield Manchester United, Bruno Fernandes telah mendedahkan yang David De Gea sepatutnya lebih dilindungi oleh rakan sepasukan lain, memandangkan mereka terlalu mudah untuk dibolosi.
Beliau sendiri turut bersimpati melihat De Gea sering dihukum dek kerana masalah dan kesilapan yang dilakukan oleh para pemain pertahanan dan midfield.
Red Devils malam semalam terpaksa akur dengan kekuatan Man City selepas mereka ditewaskan dengan keputusan 0-2 di halaman sendiri.
📸 | Bruno Fernandes on his IG story, regarding David de Gea: pic.twitter.com/zpZn3IhBTq
— DDG Xtra 1️⃣🧤™ (@DDGXtra) October 30, 2021
Aksi Manchester derby yang dilangsungkan di Old Trafford semalam memperlihatkan bagaimana mudahnya anak-anak buah Pep Guardiola mendominasi permainan berdepan skuad United yang serba tidak menjadi.
Manchester United jelas sekali sangat bermasalah ketika bertahan dan gagal untuk menemui rentak persembahan terbaik mereka dalam perlawanan tersebut.
Ketiadaan Edinson Cavani jelas memberi impak yang sangat besar dengan United hilang pemain yang sentiasa menekan dan mematahkan build up serangan dari pasukan lawan.
Selepas tamat perlawanan, Bruno Fernandes menyatakan yang Manchester United terlalu mudah dibolosi, walaupun David De Gea sudah pamerkan aksi persembahan yang menakjubkan.
'You deserved this' #mufc https://t.co/mqOwRQAGbs
— Man United News (@ManUtdMEN) October 31, 2021
“Ia sentiasa menjadi situasi yang sukar ketika bolos tapi masalah utama adalah cara bagaimana kami bolos itu.”
Jelas Fernandes kepada pihak media kelab selepas tamat perlawanan.
“Ia terlalu mudah.”
“Seperti saya katakan, berkali-kali saya katakan, jika bukan kerana David, keputusan mungkin akan lebih teruk untuk kita.”
Tambah Fernandes lagi.
“Kita perlu melindungi David dengan lebih baik. Kerana dia dah banyak lindungi kita dan kita perlu bantu dia. Dia tak boleh lakukan setiap perlawanan, lapan sembilan penyelamatan tapi masih bolos.”
🗣 Bruno Fernandes: “We have to protect David [de Gea] better. Because he is protecting us a lot and we have to help him. He cannot make, every game, eight [or] nine saves and still concede goals.” [MU]
— UtdDistrict (@UtdDistrict) November 6, 2021
Manchester United boleh lupakan seketika hasrat untuk cabar kejuaraan liga
Masalah barisan pertahanan United menyebabkan mereka sudah dibolosi tujuh gol dari dua perlawanan terakhir dalam saingan Premier League di Old Trafford bertemu dua gergasi bola sepak Inggeris.
Walaupun Manchester City hanya berjaya menjaringkan dua gol, namun skuad kendalian Pep Guardiola itu jelas sekali sangat selesa mendominasi permainan terutama pada aksi babak pertama.
Barisan pertahanan dan midfield City juga sangat tenang dan santai sahaja dalam mematahkan serangan United yang diketuai oleh Cristiano Ronaldo.
Man Utd semakin keciciran mata dan menyebabkan mereka sukar untuk terus mencabar kejuaraan saingan Premier League musim ini, walau mereka pada awalnya dianggap calon kegemaran.
For what he [De Gea] has done in the last month and has been doing since the start of the season, I think he deserves it [Player of the Month].
Bruno Fernandes thinks David De Gea's recent form is deserving of the Player of the Month award. #MUFC #UCL pic.twitter.com/WGQe4TmhND
— United View (@unitedviewtv) November 2, 2021
United jelas sekali perlu memperbaiki skuad mereka dari segala segi terutama taktikal dan kekuatan mental para pemain.
Seandainya Ole Gunnar Solskjaer masih lagi mengurus kelab, beliau harus beri tumpuan untuk mengutip tiga mata penuh dalam setiap perlawanan selepas ini.
Selepas mendapat rentak kemenangan dengan para pemain juga turut berjaya membina keserasian bersama, maka ketika itu barulah boleh untuk mereka kembali bercita-cita untuk mencabar kejuaraan liga.
De Gea sedang menderita
Selepas tamat aksi kekalahan bertemu Man City semalam, David De Gea menulis ciapan di laman twitter miliknya dengan meluahkan yang dirinya sedang berduka.
Hal itu sebenarnya menyentuh hati ramai pihak kerana De Gea jelas sekali sudah terlalu kerap menjadi penyelamat United terutama sejak beberapa perlawanan terakhir ini.
De Gea, Cristiano Ronaldo, Sancho, Donny Van De Beek, Bruno Fernandes, Varane, Rashford, Greenwood all deserve Better man.
This is just ridiculous #OleOutNow #OleOut #MًUNMCI #Mufc #ManUtd
pic.twitter.com/irizjoSDCz— FranKID 🦍 (@ProvostWanga) November 6, 2021
Ketika aksi Manchester derby semalam, beliau berjaya melakukan beberapa aksi penyelamatan yang sungguh luar biasa menakjubkan dan tidak dinafikan penjaga gol dari Sepanyol itu antara pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.
Namun bolos dua gol dan ditambah dengan kekalahan di tangan musuh utama, menyebabkan beliau benar-benar kecewa dan hilang pertimbangan.
Ketika bolos gol kedua, De Gea sudah melepaskan kemarahannya dengan menumbuk tiang gol ketika para pemain Man City sedang meraikan jaringan.
Selepas tamat perlawanan, beliau dilihat menumbuk terowong di Old Trafford ketika sedang dalam perjalanan untuk masuk ke bilik persalinan.
Manchester United vs Manchester City: Bruno Fernandes Minta Semua Pemain Lindungi De Gea https://t.co/5ob1Agv8yY pic.twitter.com/NSusUSIgX6
— KOMPAS TV (@KompasTV) November 6, 2021
Mungkin kerana itu jugalah Bruno Fernandes terpanggil untuk meminta rakan sepasukannya yang lain agar lebih melindungi De Gea dan tidak membebankan penjaga gol mereka dengan melakukan kesilapan-kesilapan mudah.
Selepas rehat antarabangsa, Manchester United bakal kembali memulakan aksi saingan Premier League bertemu Watford pada 20 November di halaman lawan.
Tugas berat menanti United selepas itu dengan mereka akan berkunjung ke Stamford Bridge pada 29 November untuk beraksi bertemu Chelsea.