‘Dah Menang Pun Kena Pecat’ – Khidmat Daniel Farke Bersama Norwich City Berakhir

Daniel Farke Norwich City

Pengurus Norwich City, Daniel Farke dipecat hanya beberapa jam selepas meraih kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama untuk pasukannya pada Sabtu.

The Canaries sudah kemarau kemenangan dalam 20 perlawanan berturut-turut dalam liga utama Inggeris itu sejak Februari 2020 yang menyaksikan mereka tersingkir ke Championship sebelum kembali semua ke EPL pada musim ini.

Rekod itu berakhir selepas dua gol oleh Mathias Norman dan Teemu Pukki membolehkan mereka melakukan kejutan menewaskan Brentford dalam perlawanan ke-11 musim ini.

Namun begitu Norwich masih kekal di dasar liga dengan hanya mengumpul 5 mata dan mendorong kepada pemecatan pengurus warga Jerman tersebut selepas empat tahun perkhidmatannya di Carrow Road.

Farke menyertai Norwich pada 2017 selepas meninggalkan jawtannya selaku ketua jurulatih Borussia Dortmund II.

“Bagi mendapatkan keputusan terbaik untuk pasukan ini, keputusan ini bukanlah mudah untuk dibuat,” ujar Pengarah Sukan Norwich, Stuart Webber dalam kenyataan rasmi kelab.

“Saya tahu komitmen Daniel dan staf kejurulatihannya untuk berada pada tahap ini, tetapi kami merasakan ini adalah masa terbaik untuk membuat perubahan bagi memberikan kita peluang untuk kekal di EPL.

“Semua di Norwich akan kekal selamanya berterima kasih kepada Daniel dan barisan kejurulatihan untuk semua jasa dan bakti mereka sepanjang perjalanannya bersama kelab ini.

“Mereka telah memberikan kita dua kejuaraan Championship, cukup banyak detik yang diingat yang mereka bawa ke dalam falsafah kelab ini dia ia memberi makna yang cukup besar.

“Penting untuk kita semua memandang ke hadapan. Kita masih ada 27 perlawanan liga berbaki dan perjalanan masing panjang untuk menamatkan musim ini. Kita yakin skuad ini ada kemampuan untuk terus mengutip mata dan memanjat tangga liga ke kedudukan yang lebih baik.

 

Leave a Reply