Dimalukan Man City, Ed Woodward Tetap Tak Akan Pecat Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer

Nampak gaya, penyokong Manchester United pastinya akan berasa kecewa dengan perkembangan terkini dari kelab mereka.

Hal ini kerana, Ole Gunnar Solskjaer yang semakin tidak popular dalam kalangan penyokong The Red Devils tidak akan dipecat dalam masa terdekat.

p/s: berita ini pastinya menggembirakan penyokong lawan

Sebelum ini, Solskjaer diberi tiga perlawanan untuk menyelamatkan kerjanya iaitu aksi menentang Tottenham Hotspur, Atalanta dan juga Manchester City.

Daripada tiga perlawanan itu, Solskjaer menang sekali, seri sekali dan kalah sekali.

Tiada dalam perancangan

Menurut The Athletic, keputusan untuk tidak membuang Solskjaer adalah disebabkan oleh Ed Woodward yang tidak mahu melepaskan pengurus itu.

Woodward yang dijangka akan meninggalkan kelab dalam masa terdekat tidak merancang untuk membuang Solskjaer kerana tidak mahu menjadikan tindakan itu adalah bakti terakhirnya kepada kelab.

“Ed Woodward yang kini memasuki minggu terakhirnya sebagai ketua eksekutif tidak mahu tindakan memecat Solskjaer sebagai perbuatan terakhirnya di kelab.”

“Manchester United berharap yang krisis di kelab akan berakhir.”

Melihat kepada situasi ini, dijangka Solskjaer akan terus kekal di kelab untuk beberapa tempoh.

“Solskjaer akan dijangka kekal dimana dirinya berada sekarang.”

“Situasi ini dilihat adalah tidak boleh diterima di mana-mana kelab elit yang lain, tetapi ianya boleh diterima di United.”

Tindakan Woodward yang tidak merancang untuk memecat Solskjaer ini pastinya tidak diterima oleh penyokong kelab.

Beliau yang sememangnya watak kurang popular di kelab kini boleh menebus balik dosanya dengan memecat Solskjaer jika ingin membersihkan sedikit legasinya yang tercalar sejak sekian lama.

Leave a Reply