Bruno Fernandes akan lebih bersinar seandainya Cristiano Ronaldo tidak berada di atas padang, itu adalah kenyataan yang dinyatakan oleh bekas pengurus Scotland, Alex McLeish.
McLeish menegaskan yang Bruno Fernandes sememangnya lebih berkesan ketika beliau beraksi tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo di atas padang.
Fernandes berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi terikat 2-2 Red Devils bertemu Aston Villa dalam saingan Premier League di Villa Park minggu lalu.
Former Scotland manager Alex McLeish believes Bruno Fernandes thrives for Manchester United in the absence of Cristiano Ronaldo. https://t.co/oSXFcNOGc7
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) January 21, 2022
Cristiano Ronaldo pula tidak diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan sama kerana beliau mengalami kecederaan pinggul dan terpaksa diketepikan.
McLeish percaya yang pemain midfield Portugal itu dilihat bermain dengan lebih bagus tanpa kehadiran rakan senegaranya itu di atas padang.
Dalam satu temu bual bersama Football Insider, McLeish mendedahkan bahawa:
“Ia dilihat seolah-olah yang dia lebih kerap melalui musim bunga ketika Cristiano tiada di atas padang. Saya tak kata yang dia rasa, ‘Saya tak perlu lakukan yang terbaik ketika Ronaldo di atas padang. Saya boleh beri bola kepada dia.’ atau apa-apa seperti itu.”
“Tapi dia sepertinya nampak seolah-olah menjadi nadi utama dalam pasukan (ketika Ronaldo tiada). Dia lebih bersinar.”
Most Premier League goals + assists for Man Utd this season:
🇵🇹 12 – Bruno Fernandes
🇵🇹 11 – Cristiano RonaldoMagnificos. 🪄 pic.twitter.com/TcrdjfUHhu
— William Hill (@WilliamHill) January 19, 2022
Legenda Scotland yang kini berusia 63 tahun itu turut merasakan yang Fernandes mungkin tidak mahu menjadi bayang-bayang Ronaldo ketika mereka beraksi bersama.
“Ada pengharapan yang sangat tinggi ke atas dia. Mungkin, dengan kembalinya Cristiano Ronaldo dalam skuad, Fernandes akan kata, ‘Jadi, saya tak boleh bersikap seperti itu lagi. Saya tak boleh dibayangi oleh Cristiano, saya perlu tunjukkan kualiti saya.’
Kenyataan dari legenda Scotland itu mungkin boleh dinafikan selepas melihat Bruno Fernandes masih mampu beraksi cemerlang ketika adanya Cristiano Ronaldo di atas padang pada aksi bertemu Brentford baru-baru ini.
Kedua-dua Fernandes dan Cristiano Ronaldo diturunkan dalam kesebelasan utama United ketika aksi kemenangan 3-1 mereka menewaskan Brentford dalam saingan Premier League.
Gandingan mantap mereka berdua berjaya menghasilkan gol yang sungguh menakjubkan untuk United yang dijaringkan oleh Mason Greenwood.
Bruno Fernandes in the Premier League this season:
With Cristiano Ronaldo:
👕 15
⚽️ 2Without Cristiano Ronaldo:
👕 4
⚽️ 5 pic.twitter.com/1xJRckg2N8— GOAL (@goal) January 15, 2022
Walaupun Ronaldo gagal menghasilkan sebarang gol dalam perlawanan tersebut, namun Fernandes berjaya mencatatkan dua assists ketika membantu Red Devils membenam Brentford.
Cristiano Ronaldo kembali dan Bruno Fernandes dapat semula rentak persembahan terbaiknya
Selepas memulakan aksi saingan Premier League musim ini dengan mencatatkan hat-trick bertemu Leeds United, Fernandes bergelut untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya semula.
Pengaruh beliau di atas padang semakin merosot dan statistik yang beliau catatkan juga sungguh mendukacitakan.
Walau bagaimanapun, dari dua perlawanan terakhir ini, pemain berusia 27 tahun itu telah membuktikan yang beliau masih lagi pemain terpenting dalam skuad Man Utd.
📊|Manchester United scorers in 2021/22:
1️⃣ Cristiano Ronaldo: 14 goals;
2️⃣ Bruno Fernandes ⬆: 7 goals;
3️⃣ Mason Greenwood: 5 goals;
4️⃣ Marcus Rashford: 3 goals;
5️⃣ Lingard, Sancho, Fred, Cavani, McTominay: 2 goals;
6️⃣ Telles, Martial, Maguire, van de Beek: 1 goal. pic.twitter.com/3rFimm8elj— CristianoXtra (@CristianoXtra_) January 16, 2022
Beliau berjaya menjaringkan dua gol dan mencatatkan dua assists untuk menunjukkan kualiti sebenar yang beliau miliki sebagai pemain penyerang terbaik dalam skuad United.
Secara keseluruhannya Fernandes telah berjaya menjaringkan tujuh gol dan turut mencatatkan 11 assists dari 27 perlawanan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.
Sementara itu Cristiano Ronaldo sebelum ini terlepas aksi bertemu Aston Villa dalam kedua-dua saingan FA Cup dan Premier League dek kerana dibelenggu masalah kecederaan.
Beliau kini sudah kembali diturunkan untuk beraksi, dan walaupun beliau gagal memberikan impak ketika aksi bertemu Brentford, namun Ralf Rangnick tentunya tetap menarik nafas lega kerana beliau kini sudah berjaya mendapatkan semula khidmat penjaring terbanyak skuadnya.
https://twitter.com/Mysticalleo_/status/1482428903306444800?t=3RzYfxQdk2kuyycjs5rPaA&s=19
Kedua-dua pemain sangat diharapkan bakal menghasilkan gandingan sempurna ketika aksi bertemu West Ham nanti, dengan itu merupakan kesempatan terbaik untuk mereka masuk ke kelompok empat teratas dalam carta saingan liga.
Kemenangan dalam perlawanan tersebut akan membantu Man Utd untuk berada di kelompok empat teratas buat pertama kalinya sejak berada di bawah kendalian Ralf Rangnick.