‘Senjata Baharu’ – Bekas Penyerang Antarabangsa Cameroon Sah Sertai Kedah

Pasukan Kedah terus rancak mempersiapkan pasukan bagi musim ini bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) serta aksi di pentas AFC 2022 dengan terbaharu menandatangi penyerang import bagi slot antarabangsa, Ronald Ngah Wanja.

Pengumuman tersebut dibuat secara rasmi sebentar tadi di laman Facebook, Kedah Darul Aman FC yang menyaksikan setakat ini pasukan tersebut sudah berjaya menandatangani empat import sebelum seorang lagi tonggak bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Ronald merupakan pemain yang berasal dari Tiko, Cameroon dan memulakan karier beliau dalam bola sepak bersama Akademi Njala Quan yang berpangkalan di Cameroon pada tahun 2013 sehingga 2016. Setelah itu beliau beraksi pula bersama kelab Coton Sport sehingga pada musim 2018.

Karier beliau mula berkembang di Timur Tengah apabila Ronald mula beraksi untuk pasukan Al Jahra yang bersaing di Liga Kuwait pada tahun 2013 dengan Ronald berjaya meledak 13 gol bersama pasukan tersebut.

Ronald terus berad di Liga Kuwait selepas itu dengan penyertaan beliau bersama pasukan Qadsia SC sebelum berhijrah ke Mesir bagi menyertai pasukan Smouha Sporting Club dengan 3 gol berjaya diledak beliau ketika itu.

Pada tahun 2020, penyerang berbisa ini menyertai pasukan Al Mujazzal di Arab Saudi sebelum mencipta sensasi bersama pasukan Al Salt di Liga Jordan yang menyaksikan karier beliau melonjak dengan jayanya selaku penjaring terbanyak liga tersebut dengan merekodkan 15 gol berjaya terhasil.

Bersama Kedah, Ronald bakal pertama kali mencipta rekod beliau selaku pemain bola sepak yang beraksi di Liga Malaysia dan bakal membantu pasukan ini untuk menggempur di bahagian serangan di pentas AFC berdasarkan pengalaman yang beliau ada.

Pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Cameroon sebanyak dua kali pada tahun 2015 dan 2016 ini hangat diperkatakan oleh sesetengah penyokong Kedah menerusi rumour yang dikeluarkan sebelum itu dan kini sah bakal menjadi sebahagian daripada keluarga Hijau Kuning.

Sebelum ini Kedah sah telah menandatangani tiga import yang menyaksikan Dechi Marcel, Jang Suk Won, dan Dennis Buschening yang diikat bagi memperkukuhkan setiap posisi pasukan sebelum kehadiran Ronald selaku pemain import keempat.

Kedah juga giat menandatangani ramai pemain tempatan berbakat bagi menyediakan skuad yang mantap dan memudahkan pengendali, Aidil Sharin membuat sistem penggiliran pemain dalam setiap perlawanan.

Antara pemain tempatan yang beraksi bersama Kedah untuk musim baharu ini adalah Khairu Azrin, Al-Hafiz Harun, Syafiq Ahmad, serta berjaya mengikat terus Rodney Calvin yang sebelum ini dipinjamkan oleh pasukan Selangor.

Beberapa muka lama yang masih dikekalkan untuk menguatkan barisan pemain tahun 2022 seperti Ifwat Akmal, Fadzrul Danel, Fayadh Zulkifli, serta Syazwan Zainon.

Sehingga kini Kedah masih belum mengadakan sebarang perlawanan persahabatan dengan mana-mana pasukan dan hanya berlatih sesama rakan sepasukan untuk menguatkan stamina dan memperkukuhkan persefahaman antara satu sama lain.

Sumber:
Kedah Darul Aman FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN