Brendan Rodgers Dipecat. Jürgen Klopp Dijangka Ambil Alih.

Era Brendan Rodgers sebagai pengurus Liverpool berakhir semalam. Rodgers dipecat oleh pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG), sejam selepas seri 1-1 dengan Everton.

Keputusan seri semalam bermakna Liverpool hanya menang sekali dalam 9 perlawanan.

Rodgers dimaklumkan mengenai berita pemecatannya melalui panggilan telefon daripada presiden FSG, Mike Gordon.

Ketika menerima panggilan telefon tersebut, Rodgers meninggalkan Goodison Park di kenderaan berasingan daripada bas pasukannya. Ketua pengarah kelab, Ian Ayre, dilaporkan berada di Melwood untuk menjelaskan keputusan FSG kepada Rodgers secara peribadi.

Jürgen Klopp, bekas pengurus Borussia Dortmund, dan pemenang Champions League 3 kali, Carlo Ancelotti adalah pilihan untuk menggantikan Rodgers.

klopp-liverpool

FSG dikhabarkan akan menggunakan tempoh perlawanan antarabangsa untuk menemu duga calon-calonnya.

FSG juga masih perlu menguruskan hal ganti rugi kontrak Rodgers yang masih berbaki 3 tahun selepas Rodgers menandatangani kontrak baru pada Mei 2014.

Rodgers bagaimanapun seakan-akan tahu beliau akan dipecat apabila beliau memberi amaran – ‘sama ada di bawah saya atau pengurus lain, Liverpool akan berhadapan tempoh pembinaan semula yang panjang’.

Beliau bercakap demikian dalam sidang akhbar selepas perlawanan menentang Everton semalam.

Staf Liverpool yang baru dilantik oleh Rodgers seperti Sean O’Driscoll, Gary McAllister dan Pepijn Lijnders akan kekal di kelab sementara Liverpool mencari pengurus baru.

Meskipun spekulasi Rodgers akan dipecat sudah bertiup selepas Liverpool memerlukan penentuan sepakan penalti untuk menewaskan Carlisle dalam League Cup, ramai peminat tidak menjangka Rodgers akan dipecat selepas perlawanan semalam.

Termasuklah Thierry Henry dan lagenda mereka, Jamie Carragher.

Baca juga: SEORANG PENYOKONG LIVERPOOL NAMAKAN ANAKNYA YNWA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN