Quantcast

BERITA

Gary Neville Menjelaskan Mengapa Arsenal Naif Dan Sombong

Gary Neville mendedahkan beliau percaya Arsenal boleh menjadi juara liga. Hanya jika mereka membuat SATU perubahan psikologi.

Dalam kolum mingguannya di The Telegraph, bekas bek kanan Manchester United ini percaya Arsenal juga boleh memanfaatkan kegagalan mereka di Champions League untuk mencabar kejuaraan liga secara serius.

“Manchester City, Manchester United dan Chelsea akan bergelut untuk bermain Champions League dan Liga Perdana Inggeris.”

“Tetapi Arsenal boleh fokus kepada liga sahaja.”

Arsenal pasukan naif dan sombong?

Neville juga menjelaskan perkataan ‘naif’ dan ‘sombong’ yang digunakannya untuk mendeskripsikan Arsenal.

arsenal-sombong

“Untuk menjelaskan mengapa, saya mahu mendedahkan apa yang bermain di fikiran saya sebelum perlawanan besar semasa saya bergelar pemain.”

“Saya mahukan rakan-rakan sepasukan yang percaya dengan kebolehan saya. Saya mahu percaya kepada kebolehan mereka.”

“Saya mahu mereka fikirkan bahaya dan risiko yang bakal kami hadapi sebelum perlawanan bermula.”

“Thierry Henry memberitahu saya, Arsenal dan Wenger tidak akan menukar stail permainan mereka.”

“Ini membuatkan saya mula berfikir daripada perspektif pemain Arsenal.”

Jika saya adalah Per Mertesacker…

Neville kemudiannya menulis apa yang beliau mahu pastikan sebelum perlawanan besar Ahad nanti jika beliau adalah Per Mertesacker:

“Jika saya adalah Per Mertesacker pada Ahad ini, pagi Jumaat lagi saya dah fikir banyak perkara.”

Arsenal Per Mertesacker

“Pertama, saya perlu memberitahu Hector Bellerin yang Memphis Depay suka membawa bola dari kawasan sayap ke tengah dengan kaki kanannya.”

“Saya akan membantunya jika Depay membawa bola ke tengah.

“Tetapi Bellerin juga perlu berusaha memaksa Depay menggunakan kaki kiri.”

“Adakah Bellerin tahu beliau perlu mengawal ketat Memphis, dan menyuruh Aaron Ramsey turun ke bawah?”

“Supaya saya (Mertesacker) tak berdepan dengan situasi 1 lawan 1 dengan Martial yang laju di kawasan tepi padang.”

Bahaya Juan Mata, Rooney dan Daley Blind

“Kedua, adakah Nacho Monreal tahu Juan Mata suka beroperasi di poket ruang yang wujud antara beliau dengan jentera tengah?”

“Adakah Monreal akan menyuruh Francis Coquelin dan Alexis turun supaya Mata tak mendapat ruang di depan Monreal?”

“Ketiga, bagaimana saya (Mertesacker) nak baritahu Santi Cazorla dan Coquelin supaya menarik Mesut Özil ke bawah?”

“Supaya jentera tengah pasukan tak didominasi oleh 3 pemain United dan supaya Coquelin dapat fokus mengawal Rooney sahaja.”

“Kemudian, bagaimana saya nak beritahu Theo Walcott supaya sentiasa memberi tekanan kepada Daley Blind dan jangan membenarkan Blind keluar membawa bola?”

“Selain itu, bagaimana juga saya nak suruh semua rakan sepasukan saya untuk fokus dan tak tidur ketika situasi sepakan sudut dan percuma?”

“Ini kerana United sudah menjaringkan banyak gol daripada sepakan sudut dan percuma pada musim ini.”

“Bagaimana saya nak ingatkan pasukan saya yang kita kalah kepada Chelsea kerana hilang disiplin?”

Mod berjaga-jaga sebelum perlawanan

“Semasa saya bergelar pemain, kami sentiasa berada dalam mod berjaga-jaga 48 jam sebelum sebelum perlawanan.”

“Kami tahu bahaya pasukan lawan. Apa risiko yang perlu kami ambil untuk menang. Apa kesannya jika kami kalah dan tak menang liga.”

“Di United, kami mempunyai 3-4 pemain yang faham bahaya pasukan lawan.”

“Roy Keane, Steve Bruce, Brian McClair, Steve Irwin, Paul Scholes, Ryan Giggs, Rio Ferdinand dan Michael Carrick adalah contoh pemain sebegini.”

“Tugas pemain ini adalah memberitahu kepada pemain-pemain yang nalurinya nak menyerang, seperti Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.”

“Ianya lebih daripada sekadar memberitahu – ‘Oh jaga-jaga dengan pemain ini. Dia bahaya’.”

“Kami tahu maklumat dan fakta cara pemain lawan bermain. Maklumat sebegini adalah kunci kemenangan.”

“Bila kami dah tahu dan menangani bahaya pasukan lawan, barulah kami bermain bola sepak dengan stail kami yang tersendiri.”

“Barulah Arsenal boleh bermain dengan penguasaan bola yang tinggi dan pemain-pemain yang nalurinya menyerang. Pemain -pemain seperti Ramsey, Özil, Alexis, Walcott, dan Cazorla.”

Kenaifan dan kesombongan Arsenal

“Jadi kenaifan dan kesombongan yang saya maksudkan adalah jika pemain Arsenal bangun tidur pada pagi Ahad dan masih tak tahu bahaya United, yang lebih tersusun struktur defensifnya.”

“Arsenal silap besar jika mereka berfikir: kita bermain bola sepak cantik, kita pegang penguasaan bola, kita boleh kalahkan United.”

Neville turut memberitahu bagaimana mentaliti pemain hebat berfungsi sebelum perlawanan besar bermula:

“Mentaliti dalam perlawanan besar bermula 48 jam sebelum sepak mula.”

“Ia bermula apabila pemain berfikir: bagaimana saya nak memenangi situasi 1 lawan 1 dengan Memphis Depay atau Anthony Martial.”

anthony-martial-2015

“Maklumat-maklumat kecil ini penting. Kita tak perlu korbankan falsafah bola sepak pasukan pun.”

“Kita cuma perlu hormat pasukan lawan, patahkan strategi mereka dan benarkan kekuatan pasukan anda untuk memberikan kemenangan.”

Kesimpulan

“Saya mungkin salah.”

“Tapi saya dapat merasakan pemain Arsenal akan pergi ke latihan pada pagi Jumaat dan merancang bagaimana mereka akan membuat hantaran, jaringkan gol sempurna dan bergelak ketawa.”

arsenal-training-2015

“Pagi Sabtu mereka mungkin masih tak berada dalam mod berjaga-jaga lagi.”

“Sampai pagi Ahad, ianya dah terlalu lambat. Bahaya jika anda berbuat sebegitu dalam perlawanan besar.”

“Idea saya adalah ketika anda masuk tidur pada malam Sabtu, anda dah bermain dan merancang segalanya di kepala anda.”

“Anda dah tahu bagaimana dan ke mana anda nak buat hantaran dan gerakan.”

Neville turut menambah beliau tak percaya pemain Arsenal bersedia secara mental dalam perlawnaan besar sejak 3-4 tahun lepas.

Neville berpendapat pemain Arsenal hanya menumpukan kepada kekuatan mereka dan menganggap ianya sudah cukup untuk menang dalam perlawanan besar.

“Perlawanan besar dimenangi oleh pasukan yang bersedia dari segi mental dan tahu maklumat-maklumat kecil dan terperinci pasukan lawan.”

“Jika Arsenal mampu membuat perubahan itu, mereka boleh menang liga.”

Baca juga: KERANA KAWAN, LELAKI INI SANGGUP MELUPAKAN LEEDS & MULA MENYOKONG ARSENAL

Sumber: The Telegraph UK