Brendan Gan Tiada Dalam Perancangan Terengganu Untuk Musim Depan

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar
01:10
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pemain tengah berpengalaman, Brendan Gan dilaporkan tiada dalam senarai pemain ingin ditandatangani oleh Terengganu untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Selain Brendan Gan, laporan juga menyatakan pemain import kebangsaan Filipina iaitu Manuel Ott turut tiada dalam perancangan Sang Penyu untuk musim depan walaupun dikaitkan menerusi media sosial sebelum itu.

Ianya dijelaskan sendiri menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu iaitu Mohd Sabri dengan mengakui kedua pemain bintang tersebut tidak ditandatangani mereka untuk saingan akan datang.

“Dua pemain itu (Brendan dan Ott), tiada dalam perancangan biarpun ada peminat menyuarakan pandangan supaya mengambil pemain itu.

“Lagipun kami menyerahkan kepada barisan kejurulatihan yang diketuai Tommy (Tomislav Steinbruckner) dan pembantunya, Badrul Afzan Razali untuk memilih pemain yang dimahukan.

“Pada masa sama kami perlu melakukan perbelanjaan yang lebih berhemah selepas kekangan bajet pada musim 2024/2025 ini,” kata Mohd Sabri menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Sebelum itu timbul khabar angin di media sosial melaporkan Brendan serta Ott antara bakal ditandatangi Sang Penyu untuk mengukuhkan posisi tengah pasukan itu.

Untuk rekod, Brendan secara rasminya tidak lagi bersama Selangor untuk saingan hadapan dengan beberapa kelab dikaitkan bersama pemain tersebut termasuk Terengganu.

Manakala Ott pula bukan lagi satu nama asing buat Terengganu, apabila pemain itu sudah pun beraksi bersama pasukan tersebut beberapa musim lalu bawah kendalian Nafuzi Zain.

Sehingga kini, Terengganu sah hanya mengekalkan penyerang berbisa mereka iaitu Ivan Mamut, perancang tengah, Nurillo Tukhtasinov, serta Argzim Redzovic.

Malah, Sang Penyu juga semakin pasti untuk menandatangani pertahanan kental dari Belanda iaitu Matthew Steenvoorden, serta bekas peledak berbisa Kelantan United musim lalu iaitu Ismaheel Akinade.

Langkah penjimatan dilakukan Sang Penyu musim hadapan menyaksikan mereka hanya menggunakan beberapa sahaja pemain import untuk saingan hadapan.

Walaupun begitu, dijangka Steinbruckner tidak mempunyai masalah besar untuk membentuk kombinasi pasukan berkualiti kerana beberapa nama pemain tempatan lain bakal menyertai mereka.

Antara nama besar dijangka menyertai Terengganu ialah Safawi Rasid serta Akhyar Rashid menerusi status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN