10 Gol Jadi Sasaran Luqman Hakim Di Saingan J-League

Penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin jelas mempunyai sasaran tersendiri untuk saingan J3 League yang akan bermula tidak lama lagi, selepas kini beliau sah mewakili YSCC Yokohama.

Bakal melalui musim pertama di Jepun, pastinya ini menjadi satu cabaran baharu buat penyerang berkenaan untuk cuba menyesuaikan diri sebelum saingan liga berlangsung tidak lama lagi.

Terdahulu, Luqman menyertai kelab berkenaan dengan status pinjaman apabila beliau masih lagi memiliki kontrak bersama pasukan asalnya di Belgium iaitu K.V Kortrijk.

Malah beliau juga sebelum itu menjadi pemain Malaysia pertama beraksi dalam saingan liga di Iceland bersama FC Njarovik serta mencipta satu jaringan daripada sembilan penampilan.

Untuk saingan akan datang bersama YSCC Yokohama, Luqman memiliki sasaran tersendiri untuk sekurangnya menjaringkan 10 gol dalam saingan liga tersebut.

Menerusi laporan Harian Metro, Luqman menyasarkan 10 jaringan atau sebanyak mana mampu direkodkan bersama pasukan itu untuk musim akan datang.

“Saya tidak tahu, mungkin sebanyak mana saya boleh lakukan, dalam 10 gol, saya akan cuba sebaik mungkin,”katanya menerusi laporan telah dikeluarkan.

Selain Luqman, pasukan tersebut turut mengikat empat lagi pemain baharu iaitu Koji Okumura, Shawn Van Eerden, Rikuto Hashimoto, serta Jukiya Fujishima.

Musim lalu menyaksikan YSCC Yokohama menamatkan cabaran liga dengan berada di tangga ke-12 dengan 14 kemenangan berjaya direkodkan daripada 38 perlawanan dilalui.

Mereka bakal memulakan aksi pertama liga pada 25 Februari ini dengan perlawanan membabitkan YSCC Yokohama menentang Kataller Toyama di laman sendiri iaitu Stadium Nippatsu Mitsuzawa.

Sudah tentu Luqman memiliki sasaran tersendiri untuk cuba mencipta penampilan sulung pada perlawanan tersebut atau mencuri peluang dalam kesebelasan utama untuk menarik minat kejurulatihan kelab.

Tampil dengan kelincahan, kekuatan fizikal, serta tajam di hadapan gol, pemain kelahiran Kelantan ini bakal menggunakan aset beliau untuk memancing kejurulatihan kelab bagi tersenarai dalam siri perlawanan mendatang.

Malah, Luqman pastinya mempunyai sasaran untuk cuba menjadi antara pemain melayakkan diri ke saingan Piala Asia Bawah 23 (B-23) yang akan berlangsung tidak lama lagi di Qatar.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN