Tiada Rombakan Untuk Kejurulatihan Terengganu Musim 2024/2025

Terengganu secara rasminya mengekalkan barisan kejurulatihan mereka untuk menghadapi persaingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/1025 dengan diketuai oleh pengendali dari Croatia, Tomislav Steinbruckner.

Selain itu, Badrul Afzan Razali juga turut dikekalkan pengurusan Sang Penyu selaku penolong jurulatih buat Steinbruckner pada saingan musim hadapan.

Ianya disahkan sendiri menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu Mohd Sabri Abas dengan menyatakan barisan kejurulatihan skuad utama akan terus dikekalkan mereka.

Walaupun begitu, sedikit perubahan berlaku untuk skuad Piala MFL iaitu Terengganu II apabila penolong jurulatih mereka musim lalu, Muhd Subri Sulong akan mengetuai kejurulatihan pasukan Piala Presiden bagi saingan hadapan.

Kekosongan ditinggalkan Subri bakal diisi oleh bekas penyerang kebangsaan iaitu Haris Safwan Kamal untuk membantu Hairuddin Omar mengendalikan skuad Terengganu II dalam saingan Piala MFL.

“Berdasarkan pencapaian musim lalu terutama muncul naib juara Piala Malaysia, pihak pengurusan bersetuju untuk mengekalkan Badrul Afzan sebagai pembantu kepada Tommy (Tomislav) pada musim baharu ini.

“Ada sedikit perubahan dalam saingan Piala MFL (Liga Bolasepak Malaysia) apabila bekas penyerang kebangsaan, Haris Safwan Kamal bakal membantu ketua jurulatih, Hairuddin Omar dalam skuad TFC II.

“Seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Subri Sulong diberi tugas baharu sebagai ketua jurulatih skuad Piala Presiden dan dibantu Roshadi Wahab.

“Kita meletakkan harapan tinggi kepada semua jurulatih bagi memastikan skuad masing-masing mampu mara lebih jauh lagi pada musim ini selain mengharapkan Piala MFL kekal menjadi milik TFC II,” ujar Mohd Sabri menerusi Harian Metro.

Prestasi Terengganu pada musim lalu boleh dianggap cukup menyakinkan terutama sekali membabitkan skuad utama serta Terengganu II dalam saingan Piala MFL.

Bawah kendalian Steinbruckner, Terengganu juga berjaya melayakkan diri ke final Piala Malaysia 2023 sebelum tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Malah, Terengganu II juga tidak kurang hebat apabila mereka berjaya muncul selaku juara saingan Piala MFL serta tampil begitu menonjol sepanjang musim tersebut bawah kendalian Hairuddin Omar.

Pastinya konsistensi tersebut ingin terus dipertahankan Sang Penyu untuk musim 2024/2025 dengan para kejurulatihan membuat segala perancangan awal untuk memastikan Terengganu terus memberi persaingan sengit kepada pasukan lawan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN