Quantcast

BERITA

Brendan Gan Kembali Sertai Latihan Skuad Kebangsaan Selepas Sambut Cahaya Mata

Brendan Gan kembali menyertai rakan-rakan yang lain di skuad kebangsaan pada hari ini selepas sebelum itu diberikan pelepasan pada 5 November lalu.

Brendan terpaksa dilepaskan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk membenarkan beliau kembali ke Australia demi bersama isteri yang melahirkan cahaya mata sulung.

Isteri Brendan, selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 5 November lalu, yang dinamakan dengan nama Koa Brooklyn Gan.

“Hari terbaik di dalam kehidupan saya, melihat superhero iaitu isteri melahirkan anak lelaki ini ke dunia,” ujar Brendan dalam perkongsian beliau di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

The best day of my life… watching my superhero of a wife bring this little guy into the world ❤️ . Mum and I love you so much already little Koa Brooklyn Gan 🥰 . Now for the hardest time of my life… to leave this little angel 👼 after 2 days of life to get back to business of World Cup Qualifiers, the life of a footballer is never easy but the love I have for @ebt320 and Koa will carry with me as motivation to give more then 110% 🙌🏽🙏🏽 . #ithasBGAN #RoadToRecoveryHasBGAN #ACLrehab #ACLRecovery #TheReturn #StayPositive #NikeMY #Fitness #Health #Work #Goals #LiveLife #LoveLife #Mindset #Malaysia #Australia #Sydney #Cronulla #NationalTeam #WCQ2022 #Positive #Footballer #Inspiration #QOTD #YouVsYou #HarimauMalaya #MentalStrength #NationalPride #Effort #HardWork

A post shared by B R E N D A N. G A N (@brendangan) on

“Sekarang adalah bahagian paling sukar, untuk meninggalkan anak kecuk ini selepas dua hari untuk kembali demi Kelayakan Piala Dunia.

“Hidup sebagai pemain bola sepak tidak pernah mudah. Tetapi kasih sayang terhadap isteri dan Koa akan memberikan motivasi lebih dari 110%.”

Brendan Gan adalah nadi penting di bahagian tengah skuad kendalian Tan Cheng Hoe di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Setakat ini, Brendan beraksi dalam semua tiga perlawanan kempen kelayakan menentang Indonesia, UAE dan juga Vietnam.

Malaysia perlu menggunakan kelebihan dua aksi di tempat sendiri menentang Thailand dan Indonesia untuk mengumpul 6 mata maksimum pada 14 November dan 19 November hadapan demi memperbaiki kedudukan di Kumpulan G.