Fantasy Football SCL2019: Pemain Pilihan Untuk Pasukan Anda Bagi Minggu Keenam

Fantasy Football SCL2019

Aksi peringkat kumpulan saingan Selangor Champions League 2019 (SL2019) hanya tinggal dua perlawanan sahaja lagi untuk dihadapi pasukan bertanding bagi merebut tempat ke suku akhir.

Sehubungan dengan itu, dua pendahulu kumpulan, Kingstown Klang FC dan MPKj FC menjadi pasukan terawal yang sudah pun menempah slot ke peringkat kalah mati.

Enam lagi kekosongan yang bakal diisi menjadikan persaingan peringkat kumpulan minggu kelima semakin hebat usaha setiap pasukan meneruskan survival mereka pada edisi kali ini.

Para pengurus Fantasy Football SCL2019 juga semakin merasai kehangatan saingan dan pastinya pening kepala bagi memikirkan barisan pemain yang mampu memberikan markah tertinggi buat pasukan mereka.

Berikut adalah empat pemain yang boleh menjadi pertimbangan untuk dimasukkan dalam pasukan Fantasy Football SCL2019 anda:

1) Rudie Ramli (Kingstown Klang FC) – 9.0

Penyerang yang tidak perlu diperkenalkan ini telah menjaringkan tiga gol pada perlawanan dua perlawanan terakhir bagi membantu Kingstown Klang FC menundukkan SA AZE FC dan Gombak RRM Unlimited FC.

Dengan sokongan pemain tengah seperti Azidan Sarudin, Mohd Lot Abu Hassan, Mohd Fazli Baharuddin serta dibantu kelincahan Shah Azman Ekmal Saleh di bahagian sayap kiri, ia menjadi bantuan yang cukup ideal buat Rudie untuk terus menambah jaringan pada pertemuan menentang SA PIB FC, jam 4.00 petang esok.

2) Mohd Fazli Zulkifli (Puchong Fuerza Gamestop FC) – 5.0

 

Pertahanan tengah Puchong Fuerza Gamestop FC yang pernah menjadi ketua pasukan PKNP FC dalam saingan Liga Premier 2017 itu sentiasa tenang menyerap asakan dihadapinya.

Kenyataan itu terbukti apabila Puchong Fuerza Gamestop FC tidak dibolosi pada tiga perlawanan terakhir walaupun bertemu pasukan kuat seperti Kingstown Klang FC, Kuala Selangor Batu Dua FC dan Cyberjaya Teleflow FC.

3) Lukhman Noor Hakim (NPNG FC Damansara Damai) – 9.5

Dengan kemahiran serta kualiti hantaran di tahap terbaik, pemain tengah ini sememangnya merupakan sandaran utama buat NPNG FC Damansara Damai.

Aksi minggu lalu memperlihatkan sumbangan berkesan dijelmakan Lukhman selepas mencipta dua bantuan jaringan yang membantu pasukannya menewaskan Belia Selangor dengan keputusan 2-1.

4) Muhd Huzaini Ikhram (SA PIB FC) – 8.5

 

Penyerang SA PIB FC ini beraksi cemerlang pada perlawanan menentang Bangi Jang’s Trooper minggu lalu walaupun sekadar dimasukkan sebagai pemain simpanan.

Dua jaringan yang dihasilkan pemain lincah itu telah memberikan kemenangan 4-1 buat naib juara edisi 2017 itu dan beliau turut dipilih sebagai pemain terbaik bagi minggu kelima.

Sekiranya kelibatnya tidak dirantai pertahanan Kingstown Klang FC pada perlawanan petang esok, ia akan memberikan masalah kepada skuad himpunan nama besar tersebut.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN