Brendan Gan Faham Kekecewaan Penyokong Selangor, Tapi Tak Setuju Cara Mesej Disampaikan

Brendan Gan

Ketua pasukan Selangor, Brendan Gan menyedari akan situasi tegang yang berlaku antara pemain dan penyokong Gergasi Merah baru-baru ini.

Baru-baru ini, penyokong Selangor telah memaki Safuwan Baharuddin selepas meraikan kemenangan besar ke atas Kedah Darul Aman dalam aksi Liga Super.

Makian tersebut diberikan selepas Safuwan dan rakan-rakan memboloskan satu gol dalam kemenangan 4-1 di Petaling Jaya.

Gan nyata faham akan kekecewaan penyokong Selangor dengan prestasi pertahanan pasukan, dan pada hemat beliau penyokong berhak untuk memberikan reaksi yang mereka mahu.

Tetapi, biarlah tidak melampaui batas.

“[enyokong berhak untuk memberikan reaksi macam mana mereka nak, sebab di hujungnya penyokong itu mempunyai semangat yang membara.”

“Itulah yang kami gemarkan, semangat. Tetapi, ia tidak boleh diterjemahkan sehingga memberikan kesan buruk kepada kelab.”

“Kami sedar yang penyokong mahu menang semuanya, kami juga begitu. Kami dan penyokong mempunyai sasaran yang sama, kenapa kita perlu bercakar sesama sendiri?”

“Sepatutnya, kita [perlu bersatu] bercakar dengan pasukan lain.”

Gan juga mengakui yang beliau memahami mesej keras yang disampaikan oleh penyokong Selangor selepas perlawanan menentang Kedah tempoh hari.

Akan tetapi, beliau nyata tidak bersetuju dengan cara yang digunakan.

“Saya amat tak bersetuju dengan cara mesej itu diberikan, tetapi saya faham maksud mesej mereka.”

“Dalam masyarakat kita, ada banyak cara untuk memberikan mesej dan bagi kelab seperti Selangor, cara yang digunakan itu tidak mencerminkan yang kelab dan penyokong mahu bergerak ke depan bersama-sama.”

Gan berasa yang jika penyokong terus memberikan kritikan yang negatif sahaja ianya tidak akan membantu Selangor untuk maju.

“Jika penyokong terus memberikan kritikan negatif, pasukan tak akan maju. Sebaliknya, ia perlu disulami dengan kritikan membina, kritikan negatif dan kata-kata positif.”

“Bayangkan jika saya pergi kepada anda dan sering kritik kerja yang anda lakukan hari-hari, adakah ianya membantu anda untuk berjaya? Tidak sama sekali.”

“Ianya hanya akan membuatkan anda berfikiran negatif,” kata Gan kepada Semuanya BOLA.

Gan bercakap kepada Semuanya BOLA ketika ditemui di sebuah acara anjuran Astro semalam.

Beliau menjadi salah seorang tetamu jemputan disamping pemain badminton negara, Goh Liu Ying dan bekas atlet gimnastik tersohor, Farah Ann Abdul Hadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN