Berkat Sokongan Farah Ann, Arsenal Dapat 3 Mata Kalahkan Man United

Farah Ann Abdul Hadi, Brendan Gan dan Goh Liu Ying merupakan tetamu undangan ketika Astro mengumumkan secara rasmi tentang lanjutan kerjasama mereka bersama Premier League.

Jelas sekali ketiga-tiga mereka merupakan antara atlet terbaik negara dan kerana itulah mereka dipanggil untuk menjadi tetamu khas di acara tersebut.

Ketiga-tiga mereka telah ditanya pelbagai soalan termasuklah tentang bagaimana perjalanan karier masing-masing sebagai atlet negara.

Memandangkan acara tersebut turut menganjurkan majlis berbuka puasa sambil menonton aksi perlawanan antara Manchester United bertemu Arsenal, ketiga-tiga mereka telah ditanya tentang ramalan siapa bakal muncul sebagai pemenang dalam perlawanan tersebut.

Di penghujung acara (minit ke- 1:06:50 dalam live Awani) wartawan Arena, Ahmed Shahrazad telah bertanya kepada ketiga-tiga mereka tentang ramalan siapa bakal pulang dengan mengutip tiga mata penuh.

Brendan Gan tanpa berfikir panjang segera menamakan Arsenal sebagai pasukan kegemaran beliau untuk menang dalam perlawanan tersebut.

Legenda badminton negara, Goh Liu Ying pula mengambil sedikit waktu untuk menghafal nama kelab yang tertera di belakangnya sebelum beliau memilih Manchester United.

Ahmed kemudiannya mengajukan soalan sama kepada Farah Ann dengan menyatakan:

“Jadi sekarang adalah penentu, Farah kalau you pilih team ni menang tau malam ni.”

Farah Ann dengan sopan santun dan penuh keyakinan segera memilih Arsenal sebagai pasukan pilihan beliau yang akan memenangi perlawanan tersebut.

Berkat sokongan Farah Ann, Arsenal berjaya menewaskan Manchester United dengan keputusan 3-1 seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka di kedudukan keempat dalam carta saingan liga.

Nampak aura tu sampai?

Kerjasama Astro dan Premier League dilanjutkan selama tiga tahun

Astro Malaysia Holdings Berhad berjaya memperoleh hak siaran eksklusif saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Malaysia dari musim 2022/23 hingga 2024/25.

Astro yang telah mula menyiarkan perlawanan-perlawanan utama saingan bola sepak Inggeris sejak 1997 itu akan terus memberikan pengalaman tontonan paling premium kepada peminat secara eksklusif untuk semua 380 perlawanan dalam bentuk HD.

Lebih menarik lagi, akan ada beberapa perlawanan terpilih yang akan disiarkan dalam bentuk 4K UHD.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro dan Ketua Pegawai Eksekutif TV, Euan Smith, telah menyatakan bahawa:

“2021 merupakan tahun sukan yang besar tetapi 2022 menjanjikan lebih menarik buat peminat sukan di Malaysia. Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Astro telah berjaya memperbaharui hak siaran eksklusif EPL di Malaysia untuk tiga musim akan datang dari 2022/23 hingga 2024/25.”

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan EPL kerana sekali lagi meletakkan kepercayaan mereka kepada Astro bagi meneruskan kejayaan ini, sebuah kerjasama yang sudah terjalian sekian lama di antara kami dan EPL.”

Ketua Pegawai Media Liga Perdana, Paul Molnar, menambah:

“EPL berbesar hati untuk meneruskan perkongsian hebat kami bersama Astro dan kami sangat gembira kerana Astro melihat saingan kami sebagai bahagian penting dalam tawaran sukan secara siaran langsung.”

“Mereka sekali lagi akan bertindak cemerlang buat EPL dalam tempoh tiga musim akan datang dan kami berharap dapat bekerjasama untuk menyajikan EPL kepada peminat baharu dan sedia ada di seluruh Malaysia.”

Premier League liga paling mengujakan

Tidak dinafikan lagi sememangnya saingan Premier League merupakan liga bola sepak paling mengujakan dan kejayaan Astro memperoleh hak penyiaran eksklusif akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati aksi-aksi hebat pasukan kegemaran masing-masing.

Bukan hanya aksi di atas padang, bahkan hal-hal yang berlaku di luar padang termasuk sesi temu bual akan turut disiarkan oleh Astro.

Kejayaan Astro mendapatkan hak penyiaran eksklusif ini juga membuktikan yang mereka sudah mendapat sepenuh kepercayaan dari Premier League.

Ia juga secara tak langsung telah membuktikan yang saingan Premier League merupakan antara liga bola sepak yang paling digemari dan dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN