‘Maestro JDT Di Tengah Padang’ – Benjamin Mora Tagih Kepimpinan Natxo Insa

Natxo Insa JDT Benjamin Mora

Pastinya tidak mudah buat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan beraksi dalam perlawanan keempat peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dalam tempoh singkat, namun ia bukanlah penghalang kepada misi mereka untuk mencatat kemenangan.

Sebelum ini setelah selesai undian peringkat kumpulan, tidak sedikit pihak yang meragui kemampuan JDT untuk lolos ke pusingan seterusnya apabila mereka ditempatkan dalam ‘kumpulan maut’ bersama kelab-kelab gergasi Asia.

Namun selepas tiga perlawanan, skuad kendalian Benjamin Mora itu kini sedang mempimpin carta kumpulan dengan mengumpul tujuh mata yang mungkin bakal menjadi kempen terbaik mereka dalam kejohanan paling berprestij di benua ini.

‘Menuju Kuasa Besar Asia’ – Benam Ulsan Hyundai Bukti JDT Di Landasan Tepat

“Apa yang kami telah lakukan di padang semasa pertemuan pertama menentang mereka sememangnya menakjubkan,” ujar Mora semasa sidang media pra-perlawanan.

“Ya, satu lagi perlawanan sukar berdepan Kawasaki, tetapi kami akan kekal fokus dan teruskan evolusi JDT. Badan dan kaki kami mungkin letih, tetapi hati dan fikiran kami akan kekal kuat. Saya percaya kepada pemain, inilah sebab kenapa kami di sini.

Mora juga sempat memberikan komen mengenai Natxo insa yang telah mencuri tumpuan umum dalam kesemua tiga perlawanan di peringkat kumpulan dan berharap pemain tengah berusia 36 tahun itu akan terus mempamerkan wataknya selaku pemimpin di atas padang.

Pemain kelaihiran Sepanyol tersebut berjaya membimbing rakan sepasukannya agar mengekalkan disiplin taktikal yang telah diterapkan dan berhasil memberikan keseimbangan kepada pasukan pada setiap perlawanan.

“Natxo merupakan pembantu jurulatih saya di atas padang. Dia mengorkestrakan segalanya di tengah, menjadikan tugas kami lebih mudah,” ujarnya lagi.

“Saya juga berharap barisan pertahanan kami terus kukuh. Saya pun baru sedar kali terakhir Kawasaki gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat dalam sesebuah perlawanan adalah pada 2017. Sekarang kami berjaya melakukannya, ia menunjukkan yang kami mampu bersaing dengan pasukan terbaik.

Statistik Luar Biasa Natxo Insa Yang Buat Jentera Tengah Ulsan Hyundai Mati Kutu

Dalam pada itu, penjaga gol utama yang juga kapten pasukan, Farizal Marlis telah kembali diturunkan dalam aksi menentang Kawasaki tempoh hari

Beliau bersedia untuk menyerap setiap tekanan dan ancaman yang bakal dijelmakan oleh pasukan lawan terutamanya bintang tengah Thailand, Chanatip Songkrasin.

“Jika mereka lakukan percubaan dari luar kotak, saya sudah bersedia untuknya. Saya akan pastikan yang komunikasi kekal baik bersama barisan pertahanan dan begitu juga dengan pemain tengah,” ujar penjaga gol kebangsaan itu.

“Kita semua tahu tentang kualiti Chanatip. Dia boleh melakukan percubaan mengunakan kedua-dua kakinya dan masih merupakan pemain terbaik di rantau Asia Tenggara. Bagaimanapun JDT akan berjuang sehingga penamat menentang mereka.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN