Kelmarin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Brad Maloney dilantik sebagai ketua jurulatih sementara skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19), berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menggantikan tempat Bojan Hodak yang tidak dilanjutkan kontraknya.
Bagaimanapun, FAM menjelaskan Maloney tetap kekal sebagai penolong ketua jurulatih B-23 negara kerana beliau adalah sebahagian daripada tenaga yang membantu skuad negara di Sukan Asia 2018 dan Kejuaraan B-23 AFC 2018, serta Sukan SEA 2017.
Dia ditugaskan untuk membuat persiapan bagi menghadapi Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam pada 5 hingga 18 Ogos depan dan dipertanggungjawab membimbing skuad B-19 kebangsaan untuk Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Kemboja pada 2 hingga 10 Nov ini.
Bagaimanapun, Maloney mengakui terkejut dengan pemilihannya itu dan tidak sabar untuk memulakan tugas membawa skuad Malaysia ke tahap yang lebih baik.
“Anda sentiasa mahukan kejayaan tanpa mengambil kira apa jua keadaan.
“Berdasarkan gambaran besar, saya mahu berjuang untuk memberikan yang terbaik buat Malaysia selepas mempelajari dan menyesuaikan diri dengan budaya di sini. Saya cuma perlu lebih mengenali pemain saya.
“Dengan bekerjasama dengan ketua jurulatih skuad B-23, saya mahu memastikan kelangsungan pemain yang ada berlangsung dengan lancar dan saya menyedari kepentingan perkembangan setiap pemain,” katanya dalam Stadium Astro
Justeru itu, bekas pemain skuad kebangsaan Australia itu mahu membalas kepercayaan FAM dengan menghasilkan keputusan yang positif.
“Saya ingat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam kerana mempercayai saya membimbing pasukan B-19.
“Saya akan cuba terbaik dan membalas kepercayaan diberikan untuk memacu pasukan ini ke tahap yang lebih baik,” katanya dalam Arena Metro