Brad Maloney Bakal Dilantik Sebagai Pengendali Baharu Skuad Malaysia B-19

Penolong jurulatih skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23), Brad Maloney hampir pasti menggantikan tempat Bojan Hodak yang tidak disambung kontrak sebagai ketua jurulatih pasukan Malaysia bawah 19 tahun (B-19).

Menurut sumber daripada Harian Metro, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengumumkan perlantikan Brad Maloney  pada penghujung bulan ini atau selepas berakhirnya Kongres Tahunan FAM ke-55 pada 13 Julai depan.

Maloney dipilih berdasarkan pengalaman luasnya membimbing pasukan Malaysia B-23 bersama Datuk Ong Kim Swee dan pengetahuan yang mendalam tentang budaya bola sepak tempatan.

“Memandangkan pengalaman luasnya ketika bersama ksuad B-23 dan skuad senior bersama Kim Swee beberapa tahun ini, beliau (Brad Maloney) adalah calon tepat mengisi tempat Bojan.

“Malah, FAM juga mahu falsafah permainan B-23 dapat dimulakan sedari B-19 di mana beliau pasti akan menerapkan falsafah yang sama ketika di bawah tunjuk ajar Kim Swee.

“Kesinambungan ini penting bagi memudahkan pembentukan skuad negara di masa depan apabila pemain muda ini kelak menyertai skuad b-23 nanti,” kata sumber tersebut.

Datuk Ong Kim Swee bersama Brad Maloney. FOTO: Berita Harian.

Pencapaian terbaik beliau sepanjang bersama skuad Malaysia B-23 ialah membantu pasukan negara muncul sebagai pemenang pingat perak Sukan SEA 2017 dan layak ke suku akhir kejohanan AFC B-23 di China tahun lalu.

Malah, beliau dan Ong Kim Swee sebelum ini juga pernah dihantar ke luar negara menimba ilmu kejurulatihan bersama pasukan Queen Park Rangers (QPR) dan Athletico Madrid selama sebulan.

Kejohanan AFF B-19 dan kelayakan AFC B-19 yang bakal berlangsung pada bulan depan merupakan tugasan pertama Maloney diperingkat antarabangsa dan peminat bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan corak permainan yang diterapkan oleh bekas pemain kebangsaan Australia itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN