Footykids League: 139 Management Tawar Pelan Insurans Khas Untuk Pemain

Pemain-pemain yang beraksi dalam Footykids League kini mempunyai satu lagi insentif untuk bermain selepas penaja liganya, 139 Management menawarkan pakej insurans khas serendah RM61 sebulan untuk perlindungan kemalangan sehingga RM100,000.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksektutif 139 Management, En. Azmi Abdul Jabar selepas majlis cabut undi Footykids League kategori bawah 8 dan bawah 10 di Dewan Seminar Kelab Sultan Sulaiman semalam.

“Kami menawarkan pakej insurans ini khas untuk pemain-pemain Footykids League sahaja dahulu. Pakej ini boleh didapati serendah RM64 sebulan. Jika ibu bapa mendapatkan pakej selama setahun terus, kami akan menawarkan diskaun sebanyak 10%,” umum beliau kepada Semuanya BOLA.

Menurut Azmi, 139 Management menyokong penuh usaha Footykids League mengembangkan bakat pemain-pemain muda di peringkat akar umbi. Dalam pada masa yang sama, beliau juga melihat keperluan kepada pemain-pemain muda ini untuk dilindungi.

“Kita tahu dalam bola sepak, kecederaan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengenal umur. Kos rawatan pula tinggi. Jadi amat penting sebenarnya bagi pemain untuk dilindungi ketika bermain. Sebab itulah kami menaja liga ini – supaya kesedaran ini dapat diperluas,” jelas Azmi lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN