Borussia Dortmund Mahu ‘Tolak’ Andre Schurrle Dengan Harga €2 Juta

Andre Schurrle

Ada kelab yang berminat untuk dapatkan Andre Schurrle?

Jika ya, Borussia Dortmund kini dikhabarkan bersedia untuk melepaskan bekas pemain Chelsea itu dengan harga yang cukup murah.

Berapa harganya? Borussia Dortmund bersedia melepaskan Schurrle dengan harga sebanyak €2 juta sahaja!

Menurut laman sukan berbahasa Jerman iaitu SportBuzzer, Schurrle jelas sekali tidak lagi berada dalam perancangan kelab tersebut selepas sudah dua tahun tidak beraksi secara kompetitif dengan Borussia Dortmund.

Sebelum ini, Schurrle melalui dua tempoh pinjaman dengan menyertai Fulham dan kini bersama-sama Spartak Moscow.

Ketibaan di Fulham menaikkan reputasi beliau yang hadir sebagai pemenang Piala Dunia 2014 ditambah dengan Fulham ketika itu baru saja naik semula ke Premier League.

Namun malangmya, beliau tidak mampu memberikan impak yang diharapkan dengan hanya menjaringkan enam gol daripada 25 penampilan. Lebih teruk, Fulham turut turun ke EFL Championship pada musim yang sama.

Schurrle kemudiannya berkelana ke Spartak Moscow. Di sana, prestasi beliau juga tidak meningkat apabila hanya menjaringkan dua gol sahaja dari 18 penampilan.

Namun begitu, beliau berjaya melakukan empat bantuan gol bersama-sama pasukan Rusia itu.

Tiada sebaran peningkatan prestasi yang signifikan serta ditambah dengan kemunculan bakat-bakat lain di kelab membuatkan Borussia Dortmund memilih untuk menjual sahaja Schurrle dengan harga murah.

Ini juga boleh dilihat sebagai salah sebuah jalan terbaik untuk beliau kembali mendapatkan saat gemilang dalam kariernya yang kini sudah mula memasuki fasa umur 30-an.

Setakat ini, belum lagi ada kaitan perpindahan antara Schurrle ke pasukan lain.

Baca juga artikel kami mengenai Andre Schurrle:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN