Borrusia Dortmund Tak Setuju Cadangan UEFA, Anjur Perlawanan Akhir UCL Di Luar Eropah

Ini adalah satu cadangan yang gila! Kadang-kala penulis merasakan UEFA sudah ‘gila’ dalam penganjuran kejohanan-kejohanan mereka.

Pada mulanya, UEFA mahu mengadakan liga juara-juara yang elit melibatkan pasukan-pasukan utama di Eropah sahaja.

Kini, mereka bercadang untuk mengadakan perlawanan akhir UEFA Champions League di luar benua Eropah pula!

Tak akan gusar

Presiden UEFA yang baharu iaitu Aleksander Ceferin berkata ia tidak akan menjadi kegusaran jika satu hari nanti perlawanan akhir UEFA Champions League berlangsung di luar Eropah.

“Saya tak rasa ada masalah untuk peminat terbang dari Eropah ke Amerika Syarikat misalnya.”

“Cuba bayangkan, jarak perjalanan dari Portugal ke Azerbaijan boleh dikatakan sama jarak dengan dari Eropah untuk ke New York.”

Ceferin merasakan idea tersebut boleh diterima kerana seluruh dunia gemarkan UEFA Champions League.

“Negara seperti Amerika Syarikat tidak akan ada masalah kerana mereka mempunyai kewangan yang kukuh serta bola sepak di sana sedang membangun.”

Barangkali, idea Ceferin ini datang selepas melihat pasukan-pasukan American Football dari liga NFL datang beraksi di United Kingdom.

Mereka mengadakan perlawanan-perlawanan NFL di stadium Wembley dan stadium Twickenham.

Ceferin juga mencadangkan mahu mengubah cara pemilihan lokasi perlawanan akhir UEFA Champions League.

Sebelum ini, pemilihan lokasi adalah berdasarkan pilihan dari pentadbir di UEFA yang dilakukan secara rahsia.

Namun begitu, Ceferin mahu cara itu diubah kepada proses tender terbuka yang memerlukan proses bidaan dijalankan.

“Proses pemilihan lokasi perlawanan akhir perlu dilakukan dengan setelus yang mungkin. Jika lokasi perlawanan akhir UEFA Champions League atau UEFA Europa League ditentukan dengan unsur politik. Itu adalah budaya tidak sihat!”

Champions-League-trophy

Bercanggah idea

Akan tetapi bagi pengurus besar Borrusia Dortmund Hans-Joachim Watzke, idea yang dibawa Ceferin itu adalah ‘mengarut’ baginya.

Bagi Watzke, cadangan untuk mengadakan perlawanan akhir UEFA Champions League diluar Eropah adalah satu tindakan yang tidak wajar dan bercanggah dengan idea.

ucl_ronaldo_madrid_dortmund-vresize-1200-675-high-57

“Jika kami perlu terbang ke Amerika Syarikat atau Asia untuk perlawanan persahabatan, kami tidak kisah. Tetapi jika untuk ke perlawanan akhir UEFA Champions League kami tidak mahu.”

“Ia akan timbulkan satu situasi yang pelik. Bayangkan jika kita suruh orang Amerika Syarikat terbang ke Frankfurt semata-mata untuk tengok perlawanan akhir Super Bowl? Mereka nak?”

Super Bowl adalah perlawanan akhir dalam kalendar NFL.

Watzke juga membidas Ceferin yang terburu-buru mencurahkan idea sejak dipilih menjadi presiden UEFA.

“Ceferin perlu biasakan diri dahulu dengan cara UEFA berkerja.”

“Untuk memberikan cadangan tersebut dalam masa yang singkat selepas menjadi presiden adalah satu kerja gila!”

Baca juga: Kelab Bukan Elit Eropah Mahu Cipta Atlantic League, Alternatif Kepada UEFA Champions League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN