Pengendali KL City FC, Bojan Hodak seakan-akan kurang berpuas hati dengan prestasi pengadil yang seolah-olah membantu kemenangan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
“Lihat. Kami sedang mendahului perlawanan sehingga saat-saat akhir. Dan kemudian penalti dan offside. Saya perlu komen tentang pengadil, tetapi saya tidak boleh. Tiada apa-apa yang boleh saya cakapkan. Ini bukan kali pertama,” jelas Bojan Hodak.
Barangkali beliau kecewa dengan kebangkitan Kedah di penghujung perlawanan bermula dengan sepakan penalti yang disempurnakan Kipre Tchetche sebelum gol kemenangan yang diledak oleh pemain itu sebelum wisel penamat ditiup pengadil.
Ia perlawanan yang sangat rancak oleh kedua-dua pasukan yang saling mengasak biarpun KL City memerlukan hampir setengah jam sebelum mengimbangi aksi. Perubahan tempo dan urgency dalam permainan pelawat membuahkan hasil.
Paulo Josue meledak gol di minit ke-50 sebelum Kedah menyamakan kedudukan menerusi Fayadh Zulkifli pada minit ke-71. The City Boys kembali di depan hasil tandukkan bek tengah, Giancarlo lapan minit kemudian, assist oleh Paulo Josue.
Di saat KL City seakan-akan bakal pulang dengan tiga mata sejak menewaskan Sri Pahang, dua minggu yang lalu, Kipre Tchetche hadir sebagai pemusnah. Bermula dengan jaringan penyamaan dan kemudian jaringan kemenangan di penghujung aksi.
Ujar Bojan Hodak lagi yang enggan mengulas panjang, “Setiap kali [terjadi seperti ini], harus senyap dan jangan komen tentang ini. Jadi, apa yang anda mahu saya katakan?”
“Saya hanya boleh katakan yang cuaca sangat baik di Kedah, orang-orang Kedah sangat baik dan makanannya sedap-sedap. Tiada apa yang boleh saya katakan. Apa kata anda dapatkan komen daripada pihak pengadil,” sindir Bojan Hodak mengenainya.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS10#LigaSuper2021 pic.twitter.com/WpuFtN3RGI
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 23, 2021
Begitupun, beliau berpuas hati dengan pemain-pemainnya sehinggalah ke saat penalti itu berlaku di minit akhir perlawanan. Ungkapnya, “Saya rasa kami patut menang.”
“Pada awalnya, segalanya bagus buat kami. Kami melakukan segalanya dengan baik. Mereka memiliki pemain dan pasukan yang lebih baik. Segalanya baik sehinggalah di minit akhir,” tegas Bojan Hodak mengenai prestasi pemain KL City semalam.
“Tiada istilah tuah jika penalti dan offside,” jawabnya kepada persoalan wartawan tentang jika tuah lebih memihak kepada pasukan lawan yang beraksi di laman sendiri.
Kemenangan penuh drama Kedah ke atas KL City dengan keputusan 3-2 menyaksikan Kedah memintas sebentar kedudukan kedua Terengganu FC yang kurang satu aksi.
Kekalahan ini menyaksikan KL City kekal di kedudukan ke-6 Liga Super dan mampu dipintas PJ City FC yang kekurangan satu perlawanan dan dibezakan hanya satu mata. Ia juga adalah kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas kepada Terengganu FC.
KREDIT FEATURED IMAGE: ARENA HIJAUKUNING
Baca lagi artikel lain mengenai Bojan Hodak dan KL City FC:
Bojan Hodak Tak Ikut Kemahuan Dominique Untuk Suntik ‘Painkiller’
Kesudahannya, Penyokong KL City Dapat Pas Bermusim ‘Laminate’
Adakah Bojan Hodak Akan Jadikan Romel Morales Sebagai Piya, Copot ‘Baharu’