Aidil Sharin: Inilah Semangat Darul Aman, Kedah Perlu Menang Untuk Penyokong

Rabih Ataya penyokong stadium darul aman Kedah Terengganu 2021

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merekodkan kemenangan mengejut 3-2 ke atas KL City FC dengan dua gol terhasil dalam masa tambahan di penghujung aksi.

Walaupun di atas kertas Kedah dijangka tiada masalah untuk menundukkan KL City yang menghuni kedudukan ke-6 Liga Super, namun ternyata The City Boys yang tampil lebih baik dalam perlawanan tersebut sebelum Kedah bangkit untuk menang.

Begitupun, kemenangan hanya diperoleh pada penghujung masa tambahan di babak kedua dengan Kipre Tchetche memanfaatkan umpanan mudah daripada Renan Alves kepadanya di kawasan gol lawan untuk merembat deras menewaskan Kevin Mendoza.

Sepanjang 90 minit aksi, Kevin Mendoza adalah pemain yang menjadi batu penghalang buat skuad Hijau Kuning untuk meledak jaringan gol. Beberapa percubaan tepat tuan rumah cemerlang dinafikannya dan membantu KL City lebih berkeyakinan.

Namun, semangat tidak berputus asa yang dipamerkan pemain-pemain Kedah berjaya memberikan kepuasan kepada pengendalinya, Aidil Sharin dan menurutnya, inilah semangat yang beliau mahu para pemainnya tonjolkan dalam setiap perlawanan.

Katanya dalam sidang media, “Apa yang penting, hanya satu perkara yang dapat saya katakan, ketika kita jatuh, para penyokong yang membantu pasukan untuk lebih bersemangat dan ini yang kita panggil sebagai [semangat] Stadium Darul Aman.”

“Saya telah katakan kepada para pemain yang kita sangat perlukan kemenangan ini untuk mereka [penyokong]. Dan Alhamdulillah, dengan sokongan penuh penyokong sepanjang 95 minit, kita berjaya dapatkan keputusan yang baik,” jelasnya.

Percaturan Aidil Sharin yang seperti biasa memasukkan Azamuddin Akil dan Fayadh Zulkifli untuk menyuntik elemen segar dan berbahaya buat pasukannya sekali lagi berhasil. Pemain ini yang membezakan prestasi di babak pertama dan kedua.

Paulo Josue meledak gol di minit ke-50 sebelum Kedah menyamakan kedudukan menerusi Fayadh Zulkifli pada minit ke-71. The City Boys kembali di depan hasil tandukkan bek tengah, Giancarlo lapan minit kemudian, assist oleh Paulo Josue.

Di saat KL City seakan-akan bakal pulang dengan tiga mata sejak menewaskan Sri Pahang, dua minggu yang lalu, Kipre Tchetche hadir sebagai pemusnah. Bermula dengan jaringan penyamaan dan kemudian jaringan kemenangan di penghujung aksi.

Memberi komentar tentang prestasi bentengnya yang melepaskan dua gol, Aidil Sharin lebih melihat kepada aspek bertahan secara berpasukan oleh semua pemainnya.

“Saya rasa,ia bukan tentang barisan pertahanan kami. Segalanya tentang bagaimana keseluruhan pasukan bermain. Kami perlu memperbaiki aspek bertahan kami, sudah tentu. Kemenangan bukanlah sesuatu yang kita boleh katakan segalanya baik.

“Bertahan secara berpasukan mestilah lebih baik seperti tidak membiarkan pemain lawan mudah untuk membuat percubaan,” tegasnya sambil menyatakan yang mereka akan melihat semula dan memperbaiki segala kekurangan dalam aksi malam tadi.

Kemenangan dramatik ini membolehkan Kedah memintas sebentar kedudukan kedua Terengganu FC dengan mengumpul 20 mata, tiga mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal turun berdepan Terengganu pada hari ini (Sabtu).

KREDIT FEATURED IMAGE: ARENA HIJAUKUNING

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah Darul Aman dan Aidil Sharin:

Bojan Hodak Berang, Tak Mahu Komen Lebih Tentang Kekalahan KL City

Aidil Sharin: Fayadh Zulkifli ‘Kad Rahsia’ Untuk Perangkap Perak

Adakah Komen Sinis Aidil Sharin Ini Untuk ‘Tindakan’ Nafuzi Zain?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN