Bojan Hodak Anggap Peraturan Liga Indonesia Sangat Lucu & Tak Profesional

Jurulatih bola sepak berpengalaman, Bojan Hodak menyifatkan peraturan dalam saingan Liga Indonesia sebagai sesuatu yang sangat lucu serta dianggap tidak profesional apabila ia membabitkan para pemain kendaliannya bersama Persib Bandung.

Ini kerana Komisi Disiplin Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengeluarkan larangan kepada pemainnya, Nick Kuipers untuk beraksi beberapa jam sebelum perlawanan membabitkan Persib Bandung dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Menurut laporan, larangan itu pada asalnya diberikan kepada pemain beliau iaitu Alberto Rodriguez kerana mendapat layangan kad merah pada perlawanan terdahulu.

Disebabkan itu, Bojan mempersiapkan Kuipers pada sesi latihan menerusi percaturan taktikal baharu untuk digunakan pada aksi semalam bertemu PSIS Semarang.

Namun, sebaliknya berlaku apabila Alberto pula dibenarkan beraksi dan larangan tersebut dikeluarkan kepada Kuipers beberapa jam sebelum perlawanan bakal bermula.

Perkara itu jelas sesuatu yang dianggap sangat lucu buat bekas pengendali Kuala Lumpur City (KL City) itu dan beliau menyifatkan PSSI sebagai tidak sangat profesional.

Ini kerana perubahan pemain secara drastik terpaksa dilakukan selepas beberapa percaturan sudah dibuat ketika sesi latihan sebelum itu oleh Hodak.

“Secara tiba-tiba pula Kuipers tidak diberi peluang untuk beraksi sedangkan sebelum ini larangan dikeluarkan kepada Alberto yang menerima kad merah pada aksi lalu.

“Pada pandangan saya, keputusan ini merupakan sesuatu yang sangat lucu dan tidak profesional sepanjang 30 tahun karier saya dalam dunia bola sepan serta ianya perlu diubah kembali.

“Keputusan tersebut dibuat oleh orang-orang yang tidak tahu hal ini bakal memberi pengaruh cukup besar buat kami untuk membuat persiapan sebelum mengharungi perlawanan.

“Kami berlatih untuk harungi perlawanan rasmi dan bukannya seperti bermain ‘Playstation’ yang membenarkan kami membuat pertukaran pemain secara suka hati tanpa mempengaruhi corak permainan. Ia tak boleh berlaku dalam dunia nyata,” ujar Bojan menerusi laporan dikeluarkan oleh Bola.com.

Bojan yang sebelum ini aktif dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), mengambil keputusan pada pertengahan tahun lalu untuk menerajui Persib Bandung di Indonesia.

Kehadiran beliau jelas memberikan impak cukup besar, apabila keputusan positif diraih secara drastik sehingga Persib kembali menjadi antara kelab digeruni di Indonesia.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN