Penang Bukan Sekadar Pelengkap Jadual Liga Untuk Musim 2024/2025

Penang jelas mahu tampil lebih baik pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 apabila mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk memberi tentangan sengit buat pasukan lain.

Sejak dua musim lalu, Penang boleh dikatakan berada pada keadaan sedikit mengecewakan dalam persaingan Liga M, menerusi corak permainan ditampilkan, serta kedudukan mereka di tangga Liga Super.

Walaupun musim lalu menyaksikan ada beberapa rombakan besar dibuat kelab berkenaan, ianya jelas masih belum cukup selepas konsistensi mereka dalam persaingan liga boleh dikatakan sedikit mengecewakan.

Musim lalu menyaksikan Penang menamatkan cabaran mereka di persaingan Liga Super pada tangga ke-10 apabila mereka hanya memperoleh enam kemenangan sahaja daripada 26 aksi dilalui.

Bagi persaingan musim ini, sedikit rombakan dibuat mereka dalam kalangan pemain serta kejurulatihan yang kini dikendalikan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Malah, pasukan itu tidak lagi menggunakan ramai pemain import seperti awal musim lalu dengan mereka memilih untuk menggunakan tiga sahaja daripada kuota tersebut.

Walaupun begitu, Akmal yakin sentuhannya mampu untuk meningkatkan kedudukan mereka pada saingan hadapan jika dibandingkan pada tahun-tahun lalu.

Menurut anak jati Kedah itu, beliau bakal menggunakan tempoh dua bulan ini untuk mempersiapkan pasukan sebaik mungkin sambil berharap barisan pemain dapat menyesuaikan diri akan corak permainan cuba diterapkannya.

Malah, menerusi sedikit gandingan muka baharu dan lama buat Penang ketika ini juga menyaksikan mereka perlu mendapatkan keserasian secepat mungkin selain persefahaman di atas padang pada sesi latihan.

“Saya harap pemain sudah bersedia untuk bersama-sama saya untuk kita gabungkan satu elemen baharu dalam bola sepak Pulau Pinang dan seperti apa yang semua sudah lihat pengumuman sebelum ini, kita ada ramai pemain muda berpengalaman.

“Bagaimanapun saya tak boleh lagi meletakkan sasaran (kedudukan) sebab kita perlu realistik dengan pemain serta apa yang kita ada dengan hanya tinggal dua iaitu daripada tiga pemain import yang belum diumumkan,” katanya menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, Akmal turut berharap para pemain dapat bersaing secara sihat untuk merebut tempat mereka pada saingan hadapan dalam setiap perlawanan bakal dihadapi.

Tambahan lagi, beliau juga menagih aura daripada pemain Harimau Malaya yang beraksi dalam saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar, Sikh Izhan Nazrel untuk menyuntik elemen positif supaya para rakan sepasukan lain bersemangat di atas padang.

“Saya harap ada persaingan sihat untuk pemain muda berkualiti dan berbakat selain pemain senior yang kita sudah tahu berpengalaman seperti Khairu Azrin, Akmarul Hisham, Al-Hafiz Harun dan Nabil (Ahmad Latpi).

“Semua berpeluang merebut tempat dan saya rasa mereka boleh bergabung dengan baik jadi siapa yang menunjukkan mereka berhak berada dalam kesebelasan utama untuk meyakinkan kami barisan kejurulatihan,” kata Akmal akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN