RASMI: Manuel Hidalgo Antara Muka Baharu Ditandatangani JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya telah pun menandatangani pemain import baharu mereka untuk saingan hadapan dari Argentina iaitu Manuel Hidalgo.

Ianya diumumkan sendiri melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT iaitu Alistair Edwards di media rasmi Johor Southern Tigers (JST) dengan menyatakan Hidalgo antara pemain ditandatangani mereka.

Walaupun begitu, Hidalgo tidak akan beraksi bersama Harimau Selatan pada saingan akan datang apabila beliau bakal dipinjamkan kepada Sri Pahang.

Selain Hidalgo, pasukan tersebut juga turut menyatakan Azam Azmi Murad, Declan Lambert, serta Ryan Lambert selaku rekrut terbaharu kelab itu pada saingan hadapan.

Walaupun begitu, Azam dan Declan masing-masing bakal dipinjamkan kepada Terengganu dan Kuala Lumpur City (KL City), sementara Ryan masih belum diketahui hala tuju beliau.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert dan Ryan Lambert. Kami juga dalam perbincangan untuk menandatangani seorang penjaga gol.

“Azam dan Declan masing-masing telah dipinjamkan semula ke Terengganu dan Kuala Lumpur manakala Hidalgo akan dipinjamkan ke Pahang.

“Sementara itu Ryan akan berlatih dengan pasukan utama Harimau Selatan, dan sama ada akan dipinjamkan juga atau diserap ke dalam skuad JDT 2024-25,” jelas Alistair Edwards.

Untuk rekod, Hidalgo telah pun beraksi untuk Kedah Darul Aman (Kedah) pada saingan lalu bersama rekod cukup menyakinkan di posisi serangan utama.

Penyertaan Hidalgo bersama Sri Pahang bakal menggamit memori kembali apabila beliau memulakan karier di Malaysia suatu ketika bersama kelab tersebut.

Kehadiran Hidalgo juga dilihat mampu untuk memperkukuhkan lagi aspek serangan Sri Pahang yang sebelum ini menandatangani khidmat Mykola Ahapov selaku penyerang import baharu pasukan itu.

Selain itu, Azam Azmi juga dijangka bakal terus menjadi percaturan penting buat Terengganu bawah kendalian Tomislav Steinbruckner selepas kelibat beliau berjaya meninggalkan impak positif buat Sang Penyu di posisi pertahanan.

Akhir sekali, Declan yang menjadi antara nadi utama KL City sebelum itu berkemungkinan berpeluang untuk kembali bersama JDT jika aksi pemain tersebut tampil menyakinkan sepanjang saingan liga berlangsung.

Sumber:
JST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN