Bintang Muda Indonesia Perbaharui Kontrak Bersama FC Utrecht Di Belanda

Bintang muda Indonesia, Ivan Jenner dilaporkan kini telah pun menyambung kontrak baharu bersama salah satu kelab di Belanda iaitu FC Utrecht untuk saingan musim hadapan selepas mempamerkan aksi baik bersama pasukan tersebut sebelum ini.

Ianya dikongsikan sendiri menerusi laman rasmi pasukan tersebut di Instagram dengan ucapan tahniah turut diberikan buat Ivan kerana menyambung kontrak bersama Utrecht.

“Tahniah diucapkan atas kontrak baharu anda bersama kami Ivan. Kontrak Ivan Jenner secara rasminya kini bakal dilanjutkan.

“Untuk info, pemain tengah berusia 19 tahun ini akan menamatkan kontrak asalnya bersama pasukan pada penghujung musim ini sebelum dikekalkan sehingga pertengahan musim 2026,” jelas kenyataan tersebut.

Kenyataan itu jelas mendapat maklum balas positif khususnya membabitkan penyokong bola sepak Indonesia selepas mengetahui perkembangan positif mengenai pemain tersebut.

Untuk info, Ivan merupakan pemain warisan baharu yang didaftarkan oleh Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI), dan masih lagi muda untuk terus menabur bakti buat negara tersebut.

Beraksi di posisi tengah, Ivan jelas memberi impak sangat positif bersama Utrecht sehingga mendapat pujian daripada barisan kejurulatihan serta pengarah teknikal pasukan tersebut.

Tim Gillisen selaku pengarah teknikal pasukan itu turut menghamburkan pujian kepada Ivan selepas melihat situasi semasa pemain tersebut yang mengikat kontrak bersama Utrecht.

“Kami sangat gembira dengan perkembangan semasa yang dialami sendiri oleh Ivan pada masa lalu bersama kelab ini.

“Ketika saingan Kitchen Champion Division lalu, Ivan telah beraksi dengan sangat baik untuk membawa nama Utrecht menerusi corak permainannya yang menyakinkan dan positif,” jelas Gillisen menerusi CNN Indonesia.

Pada masa sama, Gillisen turut menyatakan status semasa Ivan kini akan terus mengikuti sesi latihan serta perlawanan pra musim bersama pasukan utama.

“Persiapan beliau akan terus bermula selepas ini, dan Ivan akan mengikuti sesi latihan serta perlawanan lain bersama skuad utama selepas ini.

“Menerusi kontrak baharu yang diberikan ini kepada Ivan, ianya membuktikan kami meletakkan kepercayaan penuh buat beliau dan menghargai dirinya,” tambahnya lagi.

Selain itu, Ivan juga meluahkan rasa gembira kerana kontrak beliau dilanjutkan pada tahun 2026 bersama salah satu gergasi bola sepak di Belanda.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN