Bintang muda Wolfsburg dan Belgium, Junior Malanda maut dalam nahas kemalangan jalan raya berhampiran Bielefeld semalam, ketika sedang memandu dalam perjalanan untuk bertemu rakan sepasukannya sebelum mereka dijadualkan terbang ke Afrika Selatan untuk menghadiri kem latihan Wolfsburg.
Junior Malanda merupakan ahli pasukan kebangsaan Belgium bawah-20 tahun dan disebut-sebut bakal dipanggil ke skuad senior kebangsaan pada Februari ini. Malanda sudah membuat 15 penampilan untuk Wolfsburg musim ini, termasuklah ketika menentang Everton di Europa League. Perlawanan terakhirnya adalah kemenangan 2-1 Wolfsburg ke atas Köln pada 20 Desember lepas.
Majikan Malanda, Wolfsburg adalah yang pertama mengeluarkan tribute dan ucapan takziah di Instagram.
Rakan sepasukannya di kelab, negara dan peminat meberi penghormatan terakhir di media sosial, dengan rakan senegaranya di Wolfsburg Kevin de Bruyne menulis ucapan berikut.
Ahli pasukannya yang lain, Nicklas Bendtner, memberi ucapan ini pula di Instagram nya:
Thorgan Hazard, yang bermian bersama Malanda di kelab Poland Zulte Waregem, berkata:
Bagi kami di Semuanya BOLA terutamanya penulis, Junior Malanda merupakan antara pemain muda yang bagus di FIFA dan Football Manager. Malanda berada di skuad Arsenal penulis di FIFA 14 dengan stat 80.
Malanda juga merupakan salah satu wonderkid dalam Football Manager 2015. Beliau berpotensi menjadi seorang ball-winning-midfielder yang bagus di dalam database Football Manager 2015.
Kehilangan Malanda merupakan kehilangan yang besar buat komuniti bola sepak dunia. Rest in peace, Malanda…