Bintang Man United Sembang Nak Jadi Juara Liga Dalam ‘Whatsapp Group’ Sebelum Aksi Bertemu Liverpool

Para pemain Manchester United sempat bersembang dalam ‘Whatsapp Group’ untuk membincangkan tentang kemungkinan mereka bakal menjadi juara saingan liga musim ini.

Perbincangan itu dikatakan berlaku sebelum aksi pertemuan antara Manchester United bertemu Liverpool yang mana skuad The Red Devils dibelasah 7-0 oleh The Reds.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu dibelasah teruk oleh Liverpool dalam perlawanan yang dilangsungkan di Anfield itu.

Kekalahan tersebut juga menyebabkan harapan Man United untuk menjuarai saingan Premier League terkubur dan agak mustahil untuk berlaku.

Selain dari keyakinan mereka dirobek, Man United juga kini sudah 14 mata dibelakang pendahulu saingan liga, Arsenal dengan mereka masih ada kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.

Melihat kepada hal tersebut, sepertinya harapan Man United untuk mencabar gelaran liga semakin sukar dan hampir mustahil untuk berlaku.

Namun begitu, menurut sumber laporan Daily Mail, para pemain sebenarnya sangat yakin dan percaya yang mereka berpotensi untuk bergelar juara.

Selepas menjulang gelaran Carabao Cup bulan lalu, kem Man United sudah mula berangan-angan untuk memenangi gelaran quadruple pada musim ini.

Man United berjaya layak ke peringkat suku akhir saingan FA Cup, dengan mereka juga turut layak ke pusingan 16 terbaik saingan Europa League selepas menyingkirkan Barcelona.

Dek kerana mereka berpotensi untuk memenangi kedua-dua pertandingan itu, maka para pemain mula semakin yakin yang mereka juga berpotensi untuk memintas City dan Arsenal untuk menjuarai saingan Premier League.

Ketika para pemain sedang dalam persiapan untuk aksi bertemu Liverpool, mereka semakin yakin untuk menjuarai saingan liga dan turut bersembang hal tersebut di dalam group whatsapp kelab.

Menurut sumber laporan dari Daily Mail, Ten Hag sebenarnya dengan segera telah menghentikan perbualan melibatkan kebarangkalian untuk mereka memenangi gelaran quadruple.

Namun begitu, masih ada para pemain yang mahu bersembang hal tersebut dan menyebabkan mereka terlalu fokus untuk mencapai hal memenangi gelaran quadruple.

“Ten Hag sudah segera mendiamkan segala cakap-cakap tentang memenangi gelaran quadruple, tapi masih ada pemain yang membincangkan bahawa sasaran memenangi gelaran liga merupakan hal yang masuk akal.”

“Dalam Whatsapp group para pemain, mereka hangat membincangkan tentang kemungkinan mengejar kedudukan dua teratas.”

“Perasaan merasa diri bagus menjelang aksi bertemu Liverpool adalah hal yang menjadi punca kekalahan mengejutkan itu.”

Jelas sumber dari Daily Mail itu.

Selepas kekalahan memalukan itu, Man United mengubah sasaran mereka dengan mereka kini mementingkan untuk mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas.

Tottenham Hotspur kini empat mata dibelakang mereka, sementara Liverpool pula berada tujuh mata dibelakang.

Newcastle United sementara itu mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan dengan mereka berpotensi merapatkan lagi jurang mata dengan Man United.

Selepas tamat perlawanan, Ten Hag mengakui yang anak-anak buahnya hilang tumpuan ketika perlawanan tersebut sedang berlangsung.

“Ia merupakan persembahan yang buruk dan paling teruk sepanjang tahun ini.”

Jelas Ten Hag.

“Kita kalah perlawanan itu pada hujung-hujung aksi babak pertama dan pada permulaan babak kedua tapi kamu sepatutnya bangkit cuma kita tidak.”

“Ia semuanya tentang menunjukkan disiplin dan kita tidak, jadi dari situlah kamu mula bolos banyak gol.”

“Ia persembahan yang sangat tidak profesional dan tak wajar. Kamu patut buat kerja kamu tapi kita tak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN