Bintang Liverpool Dianggap Media Seperti Ikan Kehabisan Air?

Pemain berpengalaman Liverpool, James Milner mendapat kritikan yang agak teruk daripada pengamal media setelah aksi yang dipamerkan beliau agak longlai pada perlawanan lalu ketika bertemu Everton.

Milner yang masuk selaku pemain gantian setelah Trent Alexander-Arnold dikeluarkan di posisi pertahanan kanan, gagal beraksi dengan lebih baik setelah menjadi sasaran pemain serangan lawan iaitu Demarai Gray dan Anthony Gordon.

Sebelum itu, The Reds beraksi dengan sangat baik pada perlawanan tersebut sehingga kemasukan bekas pemain Manchester City ini secara tak langsung memberi ruang buat pasukan lawan menyedari titik kelemahan mereka.

“Penggantian pemain jelas tidak berfungsi sama sekali. Kita faham Trent agak lemah pada perlawanan itu, tetapi beliau masih mampu untuk memberi detik-detik penting buat pasukan.

“Milner jelas begitu bergelut dengan prestasi dirinya semalam untuk menghadapi serangan lawan. Rasanya Matip lebih sesuai dimasukkan,” jelas suatu kenyataan menerusi Sport Bible.

Selain itu beberapa kritikan lain turut disuarakan mengenai prestasi pemain versatil ini pada perlawanan tersebut yang jelas hampir memberi masalah besar buat Liverpool.

“Pertukaran yang sangat berisiko dibuat Liverpool. Ketika anda melihat Milner cuba menghentikan serangan balas pantas lawan, ia ibarat, ‘ikan yang kehilangan air’.

“Jika Maupay tidak menghadapi masa penyudah pada perlawanan itu, rasanya ia akan memberi gol buat kemenangan buat Everton,” ujar kenyataan tersebut.

Milner mula menjadi tumpuan pada musim ini setelah menandatangani kontrak lanjutan bersama Liverpool, walaupun prestasinya semakin menurun.

Namun, dengan beberapa masalah kecederaan yang dihadapi pasukan tersebut ketika ini, Jurgen Klopp pastinya tidak mempunyai banyak pilihan pemain untuk dibawa turun beraksi.

Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain sah tidak akan dibawa Klopp untuk aksi UEFA Champions League kerana mengalami kecederaan, sementara Curtis Jones dan Thiago Alcantara sudah mula menjalani latihan kecergasan namun masih belum dapat digunakan lagi.

Pada usia 36 tahun ketika ini, Milner boleh dianggap sedang menikmati musim-musim terakhir beliau bersama Liverpool dengan 296 penampilan semasa serta 26 gol telah diledak pemain tersebut setakat ini.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN