Apabila Joey BPR Turut Sama ‘Bahan’ Penang, Terngiang Bait Lirik ‘Seribu Tahun Takkan Mungkin’

Joey BPR bahan Penang FC

Apabila Joey BPR memberikan komennya tentang bola sepak khasnya buat Penang, seperti terngiang-ngiang lagu hits dendangan mereka di telinga.

‘Seribu tahun takkan mungkin’ adalah antara lagu hits kumpulan rock 80-an, Bumi Putra Rockers (BPR) yang mengungkapkan rasa cinta yang begitu dalam sehingga seribu tahun pun mungkin takkan mampu dihuraikan.

Kisah disebalik lagu ini lebih bersifat ketuhanan, namun kita juga boleh ibaratkan cinta yang tidak akan mampu kita balas walau seribu tahun.

Begitu jugalah rasa kecintaan penyokong Penang FC terhadap pasukan yang tidak mungkin dapat dibalas sebanyak mana yang telah dicurah.

Tewas tujuh perlawanan liga berturut-turut adalah satu pengalaman yang pahit untuk ditelan para penyokong. Malah, Harimau Kumbang juga telah tewas 12 kali dalam 17 perlawanan yang telah mereka lalui musim ini.

Walaupun pengalaman mara ke seperuh akhir Piala FA 2022 mungkin memori indah musim ini buat penyokong, namun ia tidak cukup indah.

Ini kerana, pasukan mereka longlai dibelasah di Stadium Sultan Ibrahim di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan besar, 1-6. Penyokong mengiringi perjalanan pasukan ke Iskandar Puteri dengan 10 bas, tidak termasuk lagi yang pergi dengan kenderaan-kenderaan sendiri ke sana.

Hampa dan kecewa bermain di fikiran penyokong apabila para pemain langsung tidak memberi cabaran kepada JDT sepanjang perlawanan.

Sebelum itu, dalam dua aksi Liga Super 2022, Penang dilihat mampu memberi saingan sengit kepada lawan yang sama – hanya tewas 0-1.

Dalam satu ‘posting’ di laman Facebook penyokong Penang, Penang Brotherhood, vokalis BPR, Joey dilihat meninggalkan komentarnya.

‘Posting’ tersebut adalah tentang sijil penghargaan daripada penyokong kepada skuad Penang sebagai pasukan tercorot Liga Super 2022.

Penyokong seakan-akan sudah redha dengan nasib yang menimpa pasukan mereka, tambahan selepas tumbang dalam Derbi Utara kepada Kedah Darul Aman, baru-baru ini. Penang tewas tipis 0-1 di Stadium Darul Aman.

“Tolong jangan perlekeh Penang. Mereka ada Puskas Award. World Class. Yang lain, ikhlas tapi jauh. Sampai kiamat pun tak boleh lawan. Ronaldo pun duduk tepi diam-diam, sambil tepuk tangan.”

Komen Joey BPR di Facebook Penang Brotherhood

Joey BPR Penang FC
FOTO: FB Penang Brotherhood

Beliau dilihat mengaitkan FIFA Puskas Award yang dimenangi oleh pemain Penang, Faiz Subri pada 2016. Faiz menyertai semula pasukan pada musim ini selepas meninggalkan pasukan pada hujung musim 2018. Dan beliau tidak beraksi secara kompetitif dengan pasukan lain selama tiga tahun.

Dengan pasukan dilihat tiada masalah tunggakan gaji dan memiliki pemain-pemain yang boleh dikatakan boleh memberi saingan, juara Liga Premier pada musim 2020 itu kini sedang menghuni dasar Liga Super 2022.

‘Seribu tahun takkan mungkin’ Penang akan mampu untuk membalas apa yang telah diberikan para penyokong mereka sehingga ke saat ini, pasti!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN