Bintang Import Terengganu Anggap Kualiti Liga Malaysia Sangat Hebat

Pemain import Terengganu baharu, Marin Pilj meluahkan rasa sangat teruja untuk pertama kali beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dengan beliau tidak sabar menanti tirai kejohanan tersebut bermula.

Marin menjadi antara rekrut terbaharu Terengganu sebelum itu yang sudah pun diperkenalkan lebih awal bagi mengisi posisi tengah yang ditinggalkan Habib Haroon sebelum ini.

Menurut Marin, beliau memiliki tekad tersendiri untuk memastikan dirinya bukan sekadar pelengkap pasukan Sang Penyu sahaja musim ini tanpa meninggalkan sebarang impak.

Jelas pemain berusia 27 tahun itu, beliau memasang impian untuk mempamerkan segalanya bersama impak positif sebaik sahaja tirai kejohanan Liga M berlangsung tidak lama lagi selaku perancang tengah berkualiti.

Malah, aksi pramusim serta kejohanan empat penjuru bakal diharungi Sang Penyu selepas ini juga dapat menjadi medan terbaik buat pemain tengah kreatif itu untuk mempamerkan kualitinya selaku pemain import terbaik Terengganu.

“Sebelum tiba di bumi Terengganu, saya sudah mendapat gambaran awal tentang pasukan TFC ini melalui rakan yang juga penyerang, Ivan Mamut selain ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner.

“Saya begitu teruja untuk beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) yang boleh saya rumuskan begitu berkualiti lebih-lebih lagi skuad utama Malaysia kini semakin meningkat.

“Jadi aksi empat penjuru nanti, saya tekad untuk membuktikan kemampuan sebenar di padang selepas lebih sebulan bersama pasukan menjalani latihan termasuk aksi persahabatan sebelum ini.

“Namun pesanan saya buat rakan sepasukan, kita tidak mengetahui sejauh mana kekuatan dua lagi pasukan yang menyertai kejohanan itu iaitu Penang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), jadi aksi berpasukan dan fokus begitu penting setiap kali beraksi,” kata Marin menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Mengenai Marin, beliau sebelum ini beraksi di saingan teratas Croatia iaitu Croatian Football League bersama NK Varazdin selaku perancang utama pasukan tersebut.

Sepanjang bersama NK Varazdin, pemain berusia 27 tahun itu sudah pun diberi peluang beraksi sebanyak 20 perlawanan peringkat domestik dengan dua gol serta satu bantuan jaringan berjaya dihasilkan beliau.

Selain berkelebihan beraksi selaku pemain tengah serangan, Marin juga berupaya beraksi sebagai pemain tengah bertahan dan ia sudah pun dibuktikan sepanjang beliau beraksi untuk NK Varazdin.

Penyertaan Marin menjadikan beliau sebagai suatu aset terbaharu buat Sang Penyu yang kehilangan khidmat Habib Haroon serta Liridon Krasniqi yang beraksi di posisi tersebut tahun lalu.

Malah, ia bakal memberi ruang buat Tomislav Steinbruckner untuk cuba mencipta kombinasi baharu di posisi tengah menerusi kemasukan Akram Mahinan, Manuel Ott serta Marin sebelum saingan liga bermula tidak berapa lama sahaja lagi.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN