Malaysia B-23 Tak Boleh Tertekan Untuk Hadapi Kejohanan Piala Asia

Malaysia bawah 23 (B-23) diberi nasihat supaya untuk tidak merasa tertekan sebelum mengharungi kejohanan Piala Asia B-23 yang akan bermula tidak lama lagi di Qatar dalam misi untuk cuba mengharumkan nama negara.

Terdahulu, beberapa persiapan telah pun dibuat pasukan muda negara dengan aksi persahabatan turut diharungi dalam usaha untuk memantapkan lagi segala kelemahan dimiliki mereka sebelum kejohanan itu bermula.

Antara telah dilakukan mereka termasuk menghadapi kem latihan pusat yang bermula sejak awal dengan membabitkan pemain-pemain pilihan utama Juan Torres Garrido untuk mencapai persefahaman antara satu sama lain.

Malah, Harimau Malaya B-23 turut mengharungi beberapa aksi persahabatan bersama India, China, serta Qatar sendiri bersama rekod satu kemenangan, satu seri, dan dua kekalahan dicapai.

Sebelum tirai saingan bermula, pengurus Malaysia B-23 iaitu Datuk Seri Shahril Mokhtar sudah pun memberi pesanan berharga kepada para pemain untuk tidak sesekali memandang tinggi keupayaan lawan serta merasa tertekan di atas padang.

Walaupun mengakui negara lain memiliki reputasi lebih hebat, Shahril menasihatkan kepada para pemain supaya memberi fokus sepenuhnya kepada persiapan untuk menghadapi perlawanan akan datang bagi mencapai keputusan positif.

Untuk saingan kali ini, Malaysia telah pun diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan yang merupakan juara pada edisi 2018, Kuwait, serta Vietnam sebelum mengintai ke pusingan seterusnya.

“Sejak bermulanya kem latihan pusat, saya selalu katakan kepada pemain supaya jangan tertekan kerana kita sentiasa akan menjadi pasukan bukan pilihan. Jadi dengan status seperti ini, kita tidak berdepan banyak tekanan.

“Kita tahu Uzbekistan memiliki kelebihan tetapi kita akan cuba memberi tentangan. Aksi pertama sememangnya penting kerana ia boleh dianggap sebagai motivasi terbaik. Kalau dapat menang ataupun seri, itu sudah cukup baik.

“Dengan perkembangan ditunjukkan sepanjang tiga minggu menjalani latihan, saya optimis kita mampu memberikan cabaran yang terbaik kepada Uzbekistan,” kata Shahril menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Shahril turut mengakui para pemain muda negara sudah mula menyesuaikan diri dengan baik selepas beberapa hari mereka tiba di Qatar sebelum mengharungi saingan itu.

“Pemain perlu sesuaikan diri dengan cuaca pada sebelah petang kerana kita ada dua perlawanan pada sebelah petang.

“Ada lagi beberapa hari sebelum aksi pertama (lawan Uzbekistan) jadi kita melihat ada perkembangan positif dari pemain.

“Saya fikir cuaca di Malaysia lebih panas lagi berbanding di Qatar, cuma di sini cuacanya panas dan kering jadi pemain perlu pandai-pandai untuk ‘ambil angin’ ketika bermain nanti,” kata beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN