Ketum PSSI Sedia Protes Keputusan Pengadil Di Saingan Piala Asia B-23

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dilaporkan bakal memberi surat protes kerana tidak berpuas hati akan kualiti pengadil dalam saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) di Qatar semalam.

Terdahulu, Indonesia bawah 23 (B-23) terpaksa menelan keputusan perit selepas mereka mencatat kekalahan sulung dalam saingan itu di tangan pasukan tuan rumah, Qatar.

Walaupun dibarisi ramai pemain bintang, Sang Garuda tak berupaya untuk melakar kejutan berdepan tuan rumah yang unggul meledak dua gol tanpa balas.

Pada saingan tersebut, Qatar mendapat dua gol melalui Khalid Ali Sabah serta jaringan penalti dihasilkan oleh Ahmed Al-Rawi untuk mengumpul tiga mata pertama mereka dalam kejohanan itu.

Berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad, Indonesia seolah menerima mimpi ngeri apabila dua pemain utama mereka iaitu Ivar Jenner serta penyerang muda berbakat besar, Ramadhan Sananta dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Kad merah yang dilayangkan itu jelas memberi kesan begitu mendalam buat Indonesia sepanjang aksi tersebut dan dianggap tidak munasabah oleh penyokong mereka.

Malah Erick Thohir selaku Ketum PSSI juga menyatakan pihak mereka bakal membuat bantahan menerusi satu surat protes kepada AFC mengenai perkara tersebut.

Walaupun kesal dengan keputusan pengadil, Erick tetap memuji para pemain Indonesia B-23 yang dianggap telah berjuang habis-habisan sepanjang aksi tersebut berlangsung menerusi Instagram.

Selain itu, beliau turut berharap agar para pemain tidak berkecil hati akan keputusan tersebut kerana mereka masih perlu memberi fokus untuk dua aksi akan datang.

“Terima kasih Garuda Muda kerana sudah bertarung dengan seluruh tenaga serta hati anda semua. Jangan sesekali merasa kecewa atau kecil hati.

“Sebagai badan bertanggungjawab dan mengikut saluran betul, kami akan memberi layangan surat protes kepada AFC untuk beberapa keputusan dalam perlawanan tersebut.

“Kami semua akan selalu memberi sokongan buat anda semua. Ini bukan suatu pengakhiran, tetapi anda semua harus memberi fokus pada dua aksi berikutnya dalam peringkat kumpulan,” ujar Erick menerusi Instagram.

Aksi seterusnya menyaksikan Indonesia B-23 tidak lagi boleh keciciran sebarang mata bertemu Jordan serta Australia jika mereka menyimpan hasrat ke pusingan lebih jauh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN