Bila KFA Akan Buat Keputusan Mengenai Tawaran Koperasi Anak Kedah?

Koperasi Anak Kedah KFA Perbincangan 7 Oktober

Semua penyokong Kedah sudah sedia maklum mengenai minat daripada Koperasi Anak Kedah untuk pemilikan pasukan apabila perubahan daripada FA ke FC telah dilaksanakan dengan sebelum ini, pihak koperasi telah berbincang bersama KFA.

Beberapa perjumpaan bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah berlangsung  bagi menyampaikan niat mereka dengan yang terbaharu mereka akhirnya telah menyerahkan terma-terma cadangan pemilikan pada 9 Oktober yang lalu.

Dalam sesi Live di laman rasmi Facebook mereka malam tadi, Koperasi Anak Kedah turut sekali lagi memaklumkan tentang perkara yang sama iaitu mereka ketika ini hanya menanti maklum balas daripada pihak KFA tentang cadangan mereka.

Menurut wakil koperasi, Shamsul Qamar, pihak koperasi selepas perjumpaan bersama KFA pada 7 Oktober, telah menghantar terma-terma cadangan kepada KFA dan hanya menanti respon pihak KFA tentang cadangan-cadangan pihak koperasi.

Katanya, “Kita telah pun hantar cadangan-cadangan daripada pihak koperasi [kepada KFA] 9 Oktober lepas. Dalam beberapa perjumpaan sebelum-sebelum itu, kita banyak bercakap lisan dan membuat pembentangan. Kali ini kita telah hantar.”

“Ia merangkumi berapa [cadangan] peratus pemilikan, skop kerja koperasi dan apakah syarat-syarat koperasi seperti meneliti dokumen-dokumen berkaitan. Kita juga hendak tahu mengenai tunggakan-tunggakan hutang serta nilai pasukan. Dan sampai sekarang kita masih menunggu jawapan daripada pihak KFA,” jelasnya.

Seperti yang diketahui umum, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak ada berkata mengenai masa depannya bersama Kedah selepas musim ini berakhir. Walaupun hantinya ada untuk Kedah, tetapi beliau mahu lihat perancangan pengurusan.

Bukan hanya perancangan dalam semusim tetapi perancangan dan hala tuju pasukan dalam beberapa musim. Dan menurut pihak koperasi perkara itulah antara yang ditawarkan mereka kepada pengurusan pasukan selepas ini. Turut diumumkan pada sesi Live tersebut, Aidil Sharin akan dikekalkan, jika mereka menjadi pemilik.

Mengulas mengenai Aidil Sharin, ahli panel yang terdiri daripada Shamsul Qamar, Ahmad Shaizuan dan Taufiq sebulat suara bersetuju yang pengendali kelahiran Singapura itu memiliki aura yang bagus selain pencapaian baik sepanjang dua musim bersama Kedah dengan dua kali layak ke saingan peringkat Asia.

Apa yang dirisaukan ketika ini adalah apabila kelibat ‘scammer’ yang pernah terlibat bersama dua pasukan yang bermasalah iaitu Terengganu City FC dan Batu Dua FC ada bersama pengurusan KFA dalam perlawanan menentang Perak baru-baru ini.

KFA mungkin menempah bala besar sekiranya terdapat sebarang perancangan untuk bersama individu yang digelar ‘scammer’ bola sepak tempatan itu. Berbanding individu tersebut, KFA perlu lebih serius berbincang bersama pihak koperasi.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH UNITED

Baca lagi artikel mengenai Koperasi Anak Kedah dan KFA:

Jika Kolaborasi Berjaya, Koperasi Anak Kedah Akan Kekalkan Identiti Kedah

Aidil Sharin Mahu Tengok Dahulu Hala Tuju & Perancangan Kedah FA

Koperasi Anak Kedah Tawarkan Diri Untuk Memiliki Helang Merah 2021

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN