Bertrand Traore Dedahkan Mengapa Beliau Tinggalkan Chelsea

Bertrand Traore

Penyerang baru Lyon, Bertrand Traore mendedahkan kurangnya peluang beraksi ketika bersama Chelsea merupakan sebab beliau meninggalkan Stamford Bridge.

Pemain muda yang berusia 21 tahun itu mencuri tumpuan ketika dipinjamkan ke Ajax Amsterdam musim lalu apabila berjaya mencetak 13 jaringan dan turut membantu pasukan tersebut layak ke perlawanan akhir Liga Europa.

Traore bakal kembali dipinjamkan ke pasukan lain sekiranya beliau masih kekal di Chelsea pada musim panas nanti jika melihatkan kepada kecenderungan Antonio Conte untuk berbelanja besar bagi memperkuatkan pasukannya.

” Inilah masanya. Melihat kepada usia dan perkembangan karier saya, sudah tiba masa untuk saya meninggalkan kelab itu (Chelsea).” Jelas Traore yang melakukan 16 penampilan bersama Chelsea sejak tahun 2014

“Saya boleh tinggal di Chelsea dan bermain beberapa minit dalam setiap perlawanan, berjuang setiap hari untuk merebut tempat serta mengetahui bahawa saya tidak akan mendapat tempat, saya berlatih di kelab, saya melakukan semuanya.”

Bertrand Traore
Foto kredit : Getty Image

“Dua musim yang lalu saya berusaha untuk mencabar untuk mendapatkan tempat tetapi kita semua tahu apa yang berlaku tahun lepas. Saya berada bersama pasukan semasa pra-musim dan kemudian saya dipinjamankan.” kata beliau kepada Mirror UK.

Beliau yang tidak mahu perkara tersebut berulang sekali lagi pada musim baru nanti merasakan sudah sampai masanya untuk beliau mengubah angin baru dengan mencari pasukan yang stabil serta memberikan peluang beraksi dengan lebih kerap sebagai pemain utama.

” Untuk menjadi pemain utama buat pasukan, anda perlu bersaing dan memberikan segala-galanya buat pasukan dan disini (bersama Lyon) saya akan lakukan yang terbaik demi menjadi sebahagian daripada kesebelasan utama.” ujar Traore lagi.

Sumber :

  1. Mirror UK : Traore reveals why he quit Chelsea – http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/transfer-news-live-latest-gossip-10700163?service=responsive

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN