Oliver Kahn Risau Penjaga Gol Lain Hilang Motivasi Kerana Kehebatan Neuer

Penjaga gol lagenda Jerman, Oliver Kahn gembira kerana Neuer adalah orang Jerman. Beliau menyifatkan penjaga gol tersebut sebagai yang terbaik.

Namun apa yang sedikit merisaukan beliau adalah motivasi oleh penjaga-penjaga gol yang lain di Jerman mungkin akan terkesan kerana kehebatan Neuer.

Manuel Neuer telah menjadi penjaga gol no.1 di Jerman sejak Piala Dunia 2010. Buat masa ini, penjaga gol Bayern Munich tersebut sudah memiliki 74 kaps untuk Jerman.

Oliver Kahn melihat perkembangan ramai penjaga gol muda di Jerman termasuk Ter Stegen, Kevi Trapp dan Bernd Leno.

Namun ketiga-tiga penjaga gol ini seakan-akan tidak ada tandingan jika dibandingkan dengan Neuer. Kahn berkata:

“Neuer sentiasa bermain dengan hebat terutama sekali dalam perlawanan penting untuk pasukan.”

“Sukar untuk saya mencari perlawanan mana yang Neuer tidak beraksi baik. Tempoh hari, ketika Bayern Munich tewas di tangan Real Madrid di UCL, Neuer belum 100% cergas namun dia tetap beraksi sangat baik.”

“Dalam pasukan Jerman, beliau antara pemain yang sukar untuk anda melihat beliau melakukan kesilapan. Sama ada dalam Piala Dunia ataupun Euro, standard tinggi beliau sangat penting.”

“Ini menjadikan beliau sebagai seorang pemain yang sentiasa boleh diharapkan dalam perlawanan besar.”

“Kami juga mempunyai beberapa penjaga gol lain yang bagus seperti, Ter Stegen, Leno dan Trapp. Trapp kini menjadi no.1 di PSG.”

“Mereka semua penjaga gol yang luar biasa. Namun, dengan adanya standard seperti Neuer, kadangkala sukar untuk memotivasikan mereka.”

Kahn berpendapat, penjaga gol yang lain harus mencabar diri mereka untuk tidak hilang motivasi. Jika tidak, mereka akan terus dibayangi kehebatan Neuer begitu sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN