Aritz Aduriz diberikan pujian oleh La Liga selepas sikap ‘fairplay’ beliau dalam perlawanan La Liga.
Ada satu insiden di mana Aritz Aduriz telah terjatuh kerana cuba mengelakkan bentesan daripada pertahanan lawan.
Penyokong Bilbao menjerit kepada pengadil meminta penalti. Namun Aduriz dengan pantas memberikan isyarat ke udara dengan tangan beliau menyatakan ia bukan penalti.
La Liga menerusi Tweet mereka telah memuat naik video ringkas rakaman situasi itu dan ia mendapat respon yang sangat positif daripada pengikut. Ianya telah ditweet semula lebih 1,400 kali setakat ini.
Saksikan video itu di sini:
🙌 #FairPlay 👏👏👏 #EsLaLiga pic.twitter.com/airFcn6Mn6
— LALIGA (@LaLiga) January 27, 2018
Aritz Aduriz dianggap antara penyerang nombor 9 terbaik dalam generasi beliau. Pemain yang sudah berusia 36 tahun ini masih memiliki sentuhan yang berbisa di dalam padang.
Beliau juga pernah memenangi kasut emas UEL pada 2015/16 ketika itu beliau berusia 34 tahun. Setakat ini Aduriz memiliki 13 kaps untuk pasukan kebangsaan La Roja. Beliau juga menjaringkan 2 gol antarabangsa untuk Sepanyol.
Harap sikap ini menjadi ikutan oleh semua pemain bola sepak terutama sekali di dalam negara kita.