Tan Cheng Hoe Gesa Pasukan Liga M Beri Lebih Peluang Kepada Pemain Muda

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menggesa agar pasukan di dalam Liga M memberikan peluang yang lebih banyak kepada pemain muda.

Beliau mahu semua pihak melihat semula prestasi anak-anak buah Ong Kim Swee dalam Piala AFC B-23 di mana mereka membuktikan mereka kompetitif dan ada kualiti.

Namun masalah yang timbul, pembangunan pemain-pemain muda ini kerap terbantut kerana kurang minit perlawanan. Liga Malaysia akan bermula kurang seminggu lagi. Tan Cheng Hoe sudah meletakkan sasaran untuk membawa beberapa pemain B-23 ke dalam pasukan senior.

Antara aksi ketika menentang Jordan tempohari. Foto: Facebook FAM.

Pada masa yang sama, Tan Cheng Hoe turut meminta pemain-pemain muda di dalam pasukan agar mereka berjuang untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Ia memerlukan mereka menggandakan usaha dan meningkatkan kualiti individu.

Tan Cheng Hoe akan berhadapan dengan perlawanan kompetitif pertama selaku jurulatih kebangsaan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan pada 27 Mac 2018.

Tan Cheng Hoe mahu menggunakan peluang itu untuk membentuk pasukan kerana Malaysia sudah pun tersingkir daripada kelayakan itu. Malaysia kini berada di ranking ke-174 dunia.

Dipetik daripada The Star, beliau berkata:

“Ramai orang meminta kita menggantikan beberapa pemain senior dengan pemain bawah 23 tahun. Ianya bukan mudah kerana bola sepak antarabangsa itu berbeza. Kita perlukan pemain berpengalaman untuk membimbing mereka yang muda.”

“Namun begitu, slot dalam skuad kebangsaan itu haruslah berdasarkan merit. Jadi, semua orang harus bekerja keras untuk menepati kriteria yang ditetapkan.”

“Liga M akan bermula tak lama lagi, saya berharap semua pemain berusaha untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan.”

Beliau juga sudah menyediakan barisan ‘scout’ untuk persediaan awal bagi perlawanan menentang Lebanon.

Kami tahu perkara ini perkara yang kita dah biasa dengar. Ketua jurulatih kebangsaan gesa guna ramai pemain muda.

Tetapi di peringkat kelab pula, masih kurang perancangan daripada pasukan kita dalam merancang minit untuk pemain muda.

Berapa sasaran minit terbaik untuk seseorang pemain muda untuk pembangunan mereka. Tak semestinya anda gunakan mereka terus 90minit.

Marcus Rashford pun tidak bermain setiap 90 minit. Lihat cara pengurusan Manchester United menggunakan beliau agar terus mendapat minit itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN