VIDEO: Cristiano ‘Penal-do’ Rekodkan 101 Gol Penalti Karier Profesional

Cristiano ‘Penal-do’? Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-100 dan juga yang ke-101 melalui sepakan penalti sepanjang karier profesional di dalam bola sepak dalam perlawanan menentang Valencia di saingan La Liga semalam.

Bintang Portugal berusia 32 tahun itu memecahkan kebuntuan jaringan di Mestalla, selepas Martin Montoya dipersalahkan kerana kekasaran terhadap Ronaldo di dalam kotak penalti Valencia.

Ronaldo kemudiannya menjaringkan gol kedua. juga melalui sepakan penalti sebelum tamat babak pertama perlawanan apabila Montoya dipersalahkan sekali lagi kerana insiden bersama Karim Benzema.

Cristiano Ronaldo of Real Madrid CF celebrates after scoring during the La Liga game between Valencia CF and Real Madrid CF at Mestalla on January 27, 2018 in Valencia, Spain (Photo by David Aliaga/NurPhoto via Getty Images)

Sehingga kini, kapten Portugal ini telah menjaringkan 101 gol keseluruhan daripada sepakan penalti. Daripada jumlah tersebut, 94 gol dijaringkan ketika mewakili kelab, manakala 7 lagi gol melalui sepakan penalti adalah ketika mewakili Portugal.

Manakala ketika menentang Valencia, Ronaldo telah menjaringkan 12 gol keseluruhan hasil daripada sepakan penalti, daripada 10 pertemuan melibatkan kedua-dua buah kelab.

Rekod jaringan sepanjang zaman di La Liga melalui sepakan penalti bagaimanapun telah dipecahkan oleh Ronaldo sejak Februari tahun lalu ketika menentang Villareal.

Rekod di La Liga sebelum ini dipegang oleh Hugo Sanchez, juga pernah beraksi bersama Los Blancos di antara 1985 sehingga 1992.

Setelah permulaan yang perlahan, dan aksi kurang konsisten daripada permulaan musim ini, Ronaldo seolah-olah telah kembali menemui sentuhan jaringannya.

Dua gol penalti yang dihasilkan ketika menentang Valencia adalah jaringan dua gol kali ketiga dalam enam kunjungan ke Estadio Mestalla.

VALENCIA, SPAIN – JANUARY 27: Cristiano Ronaldo of Real Madrid celebrates a goal during the La Liga match between Valencia and Real Madrid at Estadio Mestalla on January 27, 2018 in Valencia, Spain. (Photo by Antonio Villalba/Real Madrid via Getty Images)

Rekod jaringan Ronaldo untuk kempen 2017/18 di La Liga sebelum ini tidak memberangsangkan, namun kini pemenang 5 kali anugerah Ballon d’Or ini telah merekodkan 8 gol di saingan Liga, menjadikan jumlah jaringan kepada 20 gol melewati semua pertandingan.

Manakala untuk rekod penalti di La Liga, Ronaldo sehingga kini telah menjaringkan 61 gol daripada 72 penalti yang diambil oleh beliau. Ini bermakna Ronaldo telah gagal menjaringkan 11 daripada sepakan tersebut.

Cristiano ‘Penal-do’? Anda boleh gelarkan beliau begitu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN