Real Madrid Tidak Mungkin Bayar Ronaldo €50 Juta Setahun

Pundit bola sepak Sepanyol, Guillem Balague melaporkan yang Real Madrid tidak akan tunduk dengan permintan Cristiano Ronaldo yang meminta penambahbaikan din dalam kontrak beliau.

Sebelum ini Ronaldo sudah menandatangani kontrak baru. Tetapi selepas beberapa kejayaan individu termasuk memenanngi Ballon d’Or dan FIFA Best, beliau meminta agar kontrak itu diperbaiki.

Beliau yang dilaporkan mahu meminta kontrak sekurang-kurangnya sama dengan apa yang Messi dapat di Barcelona. Messi yang baru sahaja menandatangani kontrak baru di Barca menerima €42 juta setahun.

Lantas Ronaldo meminta €50 juta setahun daripada Real Madrid. Namun pihak Real Madrid telah menyatakan yang mereka tidak akan tunduk dengan permintaan itu kerana ia dianggap terlalu tinggi untuk pemain yang sudah berusia 33 tahun itu.

Lalu, beberapa media di Sepanyol melaporkan yang Ronaldo mahu kembali semula ke Manchesster United. Beliau juga dikaitkan dengan PSG.

Mourinho pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak mahukan Ronaldo di dalam pasukan beliau. Pengendali dari Portugal itu juga baru sahaja menandatangani kontrak baru di Old Trafford.

Dengan jumlah gaji yang agak tinggi dibayar di Manchester United, memang satu yang tidak realistik untuk mereka mendapatkan Ronaldo dengan gaji yang tinggi.

Namun Mourinho menegaskan yang semua pengurus pastinya mahu memiliki Cristiano Ronaldo di dalam pasukan dan beliiau juga merasakan Real Madrid masih tempat terbaik untuk Ronaldo.

MADRID, SPAIN – DECEMBER 09: Manager Zinedine Zidane (r) of Real Madrid reacts and talks with Cristiano Ronaldo of Real Madrid during the La Liga 2017-18 match between Real Madrid and Sevilla FC at Santiago Bernabeu Stadium on 09 December 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Power Sport Images/Getty Images)

Semalam Ronaldo memberitahu yang beliau mahu kekal di Real Madrid sepanjang karier beliau.

“Sudah pasti saya mahu kekal di sini. Ini kelab yang saya sayang. Saya suka tinggal di sini. Saya mulai tinggal di sini sejak 2009. Dan saya sukakan cuaca dan orang dekat sini.”

“Lagipun bandar ini dekat dengan Portugal. Kamu boleh balik ke Portugal dari sini dengan menggunakan kereta. Sepanyol negara yang hebat. Dan saya sukakan negara ini.”

Beliau turut merancang untuk bermain bola sepak sehingga usia 41 tahun.

Namun berdasarkan situasi semasa, Ronaldo merasakan hasrat itu harus dipertimbangkan semula.

“Saya merancang untuk besara pada usia 41 tahun. Tetapi saya rasa ia sesuatu yang sukar.”

Beliau juga menyatakan yang buat masa ini beliau tidak terfikir akan karier jurulatih selepas bersara.

“Menjadi jurulatih tiada dalam perancangan tetapi setiap manusia boleh mengubah fikiran mereka. Buat masa ini saya tak mahu menjadi jurulatih.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN