‘Berita Palsu’ – Pogba Nafi Berundur Daripada Skuad Perancis

Paul Pogba Emmanuel Macron

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba menafikan laporan media yang mendakwa beliau berundur daripada skuad kebangsaan Perancis ekoran kenyataan yang dibuat oleh Presiden negaranya, Emmanuel Macron yang dianggap menyerang agama Islam.

Pemimpin utama negara Eropah tersebut baru-baru ini telah mengisytiharkan perang ke atas kumpulan ‘Islam radikal’ susulan kejadian seorang guru di Perancis dipenggal kerana menunjukkan kartun Nabi Muhammad di kelasnya dan sekaligus mengguris komunit muslim di negara berkenaan.

Akhbar UK The Sun melaporkan Pogba yang merupakan seorang Muslim bertindak balas kepada kenyataan Macron tersebut dengan berundur daripada skuad kebangsaan Perancis.

“Tak boleh diterima,” ujar pemain berusia 27 tahun itu dalam ciapannya di Twitter dengan meletakkan tulis ‘Berita Palsu’ pada gambar laporan akhbar berkenaan.

Laporan berita palsu tersebut keluar sehari selepas Macron memberikan penghormatan kepada guru berkenaan yang dianggap sebagai wira kepada ‘kebabasan bersuara’ di Perancis.

Dalam pada itu, beberapa siri bantahan dilakukan di beberapa buah negara Islam bagi mengecam tindakan Macron yang dianggap telah menghina Nabi Muhammad kerana menyokong perbuatan guru tersebut.

Di sempadan Gaza pula, rakyat Palestin membakar potret Macron dan akan memberi tentangan terhadap sesiapa yang menghina Nabi Muhammad. Di Lubnan pula, gerakan Hezbollah pro-Iran, Shiite turut mengkritik ‘penghinaan sengaja’ terhadap Rasulullah.

Protes turut berjalan di beberapa negara lain seperti Ira, Syria dan Jordan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Peter Crouch: Ejen Choupo-Moting Memang Seorang Yang Hebat

Ronald Koeman: VAR Hanya Digunakan Untuk ‘Menentang’ Barcelona

Jack Wilshere: Prospek Masa Depan England Kini Sekadar Penganggur Terhormat

Leave a Reply